Ahad, 12 Mei 2013

GEMPAR !! PEMIMPIN MAIN DENGAN ISTERI ORANG

Sepasang pasangan kekasih ditangkap khalwat di dalam sebuah rumah yang telah di ubah suai untuk dijadikan rumah tumpangan sementara di Batu Pahat Johor.

Kedua dua pasangan ini mengaku tidak bersalam dengan mengaku bahawa mereka adalah pasangan suami isteri dan lelaki yang ditahan telah menyergah pasukan penguatkuasa dengan mengatakan bahawa wanita yang ditahan bersama beliau adalah isterinya dan penguatkuasa tidak ada hak untuk menahan mereka.

Untuk cerita lanjut sila klik DISINI

Tapi itu bukan cerita yang Sangkakala nak katakan disini sebenarnya, namun ianya bersangkut paut dengan beberapa orang pemimpin pembangkang yang telah melakukan perkara sama satu masa dulu.

Seperti contoh, Mat Sabu dengan Norma yang juga merupakan isteri seorang penyokong PAS, kisah ADUN Selising dalam gerabak keretapi, Ustaz Badrul Amin dalam bilik hotel jam 3 pagi memberikan kaunseling, Din Pudu di kawasan jalan Pudu Kuala Lumpur.

Adakah mereka ini telah bebas daripada apa yang dilakukan oleh mereka sebelum ini?

Adakah kita semua lupa dengan apa yang mereka lakukan dan adakah dosa mereka itu terhapus setelah diberikan keampunan oleh Nik Aziz?

Rakyat Malaysia perlu mengambil kira senua kes kes ini dan kenapa Nik Aziz serta PAS tidak meminta supaya hukuman hudud dijalankan keatas mereka?

Inilah yang dinamakan hudud PAS dan ianya adalah hukuman selama kempen pilihanraya semata mata.