Ahad, 12 Mei 2013
ANWAR GAGAL SEKALI LAGI
Dengan menyangkakan bahawa akan ada kehadiran melebihi 100 ribu orang maka Anwar memindahkan tempat perhimpunan BLACKOUT ke stadium yang lebih besar di Batu Kawan.
Tetapi satu perkara telah berlaku dimana kehadiran sebenar malam tadi tidak seperti apa yang dijangkakan oleh Anwar Ibrahim kerana tidak sampai 20 ribu sahaja yang hadir.
Kalau tak percaya klik DISINI.
Mungkin pengikut pakatan pembangkang sudah penat dengan kerenah Anwar yang sentiasa akan mengheret mereka untuk turun ke setiap perhimpunan apabila Anwar rasa tak puas hati.
Anwar juga dilihat mempergunakan pengikut pengikut pakatan pembangkang dan seolah olah mengambil kesempatan di atas sokongan mereka.
Pada kebiasaannya, pengikut pakatan akan turun beramai ramai untuk mendengat celoteh fitnah dari Anwar dan setiap pembohongan dari mulut beliau namun kini jelas terbukti bahawa mereka semua (pengikut pakatan) sudah mula jelak dengan Anwar Ibrahim.