Ustaz Kazim sendiri memberikan kata kata yang pada Sangkakala amat baik iaitu kata kata untuk menyedarkan mereka yang terlampau taksub dengan PAS.
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Ustaz Kazim, ada ke PAS membina mana mana masjid atau surau di Kelantan selama mereka memerintah negeri itu?
Nak kata bina jalan, batu asas sahaja yang tegak, nak kata bina stadium yang baru di lakukan majlis pecah tanah, nampak gayanya akan siap setelah Nik Aziz masuk dalam tanah atau langsung tak siap.
Jadi apa pembangunan yang dibawa oleh PAS di Kelantan? Dengan masalah air yang teruk kerana kurang dirawat, dengan masalah yanah untuk ladang rakyat yang tak wujud hinggakan rakyat Kelantan dilihat menderita terpaksa keluar untuk mencari nafkah.
Tambahan pula anak anak muda yang merasa begitu sukar untuk mencari rezeki dan mereka kini terpaksa lari ke bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya kerana kekurangan pekerjaan di negeri tersebut.
Itu pun kerajaan Kelantan akan kata ianyaa salah UMNO kerana tidak membantu, sedangkan kerajaan negeri adalah dibawah bidang kuasa mereka.
Jadi kepada rakyat Kelantan elok tukar kerajaan, dah lama sangat pun PAS memerintah tapi takde apa apa pembangunan, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang sememangnya berpengalaman dalam urus tadbir negara, yang membawa kepada kemajuan dan kestabilan ekonomi, ianya tidak perlu ditukar kerana kalau tukar yang ini alamat lingkup pulak Malaysia di kerjakan oleh pakatan pembangkang.