Isnin, 1 April 2013

#TolakPR LORI PAKATAN PAKAI PETROL

Tak sangka pulak Sangkakala yang pakatan pembangkang pakai lori yang gunakan petrol untuk melakukan perjalanan setiap hari.

Mana tidakya, pembangkang kata barang naik akibat dari kenaikan harga minyak dan yang lebih menggelikan hati ialah si Rafizi Ramli yang dilihat semakin bangang dengan kenyataan kenyataan beliau.

 Cuba lihat gambar diatas, Rafizi bercerita tentang kenaikan harga barang dengan membezakan harga minyak petrol, ada ke lori yang angkut barang tu gunakan petrol?

Jawapannya tiada kan? Jadi disini nampak sesangat le bodohnya si Rafizi ni tentang ilmu hisab atau matematik.

Bila cakap hisab je semua mata tercelik besar nampak.

Macam mana Anwar boleh letak dia ni sebagai pengarah strategi sedangkan pemikiran dia ni Sangkakala tak nampak cerdiknya.

Setiap kali Rafizi mengeluarkan kenyataan setiap kali itu jugalah Sangkakala nak tergelak kerana melihat kenyataan lucu beliau yang cuba mengaburi mata rakyat dengan cara membohong begitu.

Ini rupa orang yang nak jadi pemimpin dan akan diletakkan di parlimen Pandan oleh pakatan pembangkang? Kalau terpilih juga alamat jahanam le penduduk pandan sebab dapat seorang ahli parlimen kayu macam Rafizi ni.