Selasa, 9 April 2013

#GE13 NIK AZIZ LEBIH RELA BUAT STADIUM DARIPADA MASJID

Baru baru Nik Aziz dah ketakkan batu asas dan majlis pecah tanah untuk pembinaan sebuah stadium di Kelantan.

Stadium buat, tapi masjid sebiji haram pun kerajaan Kelantan tak bina.

Bila kata nak buat masjid, kerajaan negeri kata rakyat kena cari tanah, buat dulu dan kemudian baru kerajaan negeri akan bagi peruntukan.

Ini ke kerajaan Islam yang di war warkan oleh PAS selama ini?

Nik Aziz sampai kata solat orang UMNO tak dapat pahala dan mengkafirkan UMNO selama ini.

Walaupun pelbagai tuduhan fan fitnah serta tohmahan dilemparkan kepada UMNO namun kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti melayu tersebut tidak pernah mengabaikan keperluan orang beragama Islam untuk menunaikan ibadah.

Segala peruntukan diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat namun pemimpin pembangkang terutama PAS masih juga  mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak melakukan apa apa kebaikan kepada rakyat.

Fitnah demi fitnah dilemparkan kepada pemimpin serta pengikut kerajaan Barisan Nasional.

Apakah PAS sudah buta apabila mereka mengikut fahaman DAP dan PKR yang sememangnya berunsur perkauman serta dendam terhadap kerajaan?

Kenapa PAS perlu bertindak sebegitu?

Rakyat Malaysia seharusnya berfikir dengan lebih rasional tentang apa yang dilakukan oleh PAS selama ini.

Undi anda adalah penentu kestabilan agama di negara ini, jadi oleh yany demikian, undilah Barisan Nasional demi kepentingan bersama.