Bantahan demi bantahan diadakan oleh pakatan pembangkang ketika ini, apa yang dibantah Sangkakala pun tak tau.
Nak kata ketidak adilan dalam pilihanraya, Anwar sendiri yang kata suara rakyat suara keramat, keputusan rakyat harus diterima, tapi kesudahannya beliau sendiri tidak sanggup menerima kekalahan.
Tapi tindakan Perdana Menteri yang meminta agar pihak yang dah setengah gila ni untuk bawa perkara tersebut ke mahkamah adalah tepat dan betul.
Kita tengok sama ada puak puak pembangkang ni berani atau tidak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah dan adakah bukti bukti kukuh yang membolehkan kes tersebut di bawa ke mahkamah?
Pelbagai tuduhan dilakukan selepas selesai sahaja proses pengundian yang lalu, pelbagai tohmahan dilemparkan tidak kira dari peringkat mana pakatan pembangkang, semua mengatakan bahawa pilihanraya kali ini tidak adil.
Tapi dalam protes punya protes, Lim Guan Eng dengan Menteri Besar Kelantan yang baru terus angkat sumpah, itu tak adil dan tak telus?
Ayuh kita ramai ramai cabar Anwar kalau lah dia anak jantan, bawa kes tersebut ke mahkamah, kita akan tunggu keutusan dan kita pasti menerima keputusan dari mahkamah dengan hati terbuka.
Nak takut apa kan, Anwar sendiri pernah kata peguam pendakwa yang mendakwa beliau satu masa dulu, kini dah menjadi peguam pembela kepada beliau, jadi tak perlu risau kalau nak bawa perkara ni ke mahkamah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan