Jumaat, 10 Mei 2013

GAS NAIK SALAHKAN BN ???

Punyalah Anwar kuat pembohong dengan mengatakan bahawa gas memasak dinaikkan dan ianya adalah hadiah dari Barisan Nasional, Anwar kata begitu menerusi laman twitter beliau.

Tapi apa yang sebenarnya perkara tersebut tidak berlaku dan ianya hanyalah dakyah dari Anwar semata mata untuk memburukkan keadaan, beliau sendiri pun tidak pernah membeli gas memasak dirumah macam mana pulak dia tau harga naik atau tidak.

Tapi yang sebenarnya memang ada kenaikan harga gas memasak sekitar RM 2 di sesetengah tempat tetapi ianya bukanlah melibatkan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kenaikan tersebut dilakukan oleh penghantar gas memasak yang menghantar barangan itu terus ke rumah.

Takkan itu juga kerajaan nak sekat? Kerajaan hanya mengawal harga di pasaran yang dibeli dan dibawa sendiri oleh pembeli gas tersebut ke rumah, tapi kalau dah sampai minta orang tolong hantarkan kena la bayar dan takkan bayaran untuk penghantaran pun nak subsidi dari kerajaan. 

Kita harus fikir sama, penghantaran ke rumah adalah perkhidmatan lebihan yang disediakan oleh pembekal gas memasak, cuba kita fikir kalau si penjual gas tersebut terpaksa menghantar gas memasak ke rumah pangsa, mestilah caj tambahan diperlukan untuk susah payah si penghantar gas tersebut.

Anwar sengaja memperbesarkan isu kenaikan caj penghantaran yang dilakukan oleh pembekal ini untuk memburukkan kerajaan sedangkan pernahkah beliau terfikir sepertimana yang Sangkakala katakan tadi bahawa si penghantar gas tersebut terpaksa memikul tong tong gas untuk dihantar ke rumah rumah.

Atau si pembeli boleh membeli gas memasak dengan harga biasa di kedai dan pikul sendiri untuk merasa bagaimana susahnya si penghantar tersebut menghantar gas memasak ke rumah kita. 

Jadi bayaran RM2 tersebut boleh kita anggap sebagai bayaran upah untuk mengangkut gas tersebut ke muka pintu rumah kita.