Dalam keadaan Pakatan Pembangkang mendesak Perdana Menteri untu membubarkan Parlimen, rupa rupanya PAS Kedah belum lagi bersedia rupanya.
Yang kelam kabut sangat suruh bubar parlimen buat apa sedangkan PAS Kedah belum lagi selesai memilih calon untuk mewakili mereka di negeri itu.
Tak ke pelik puak puak ni punya percaturan? Sampai sekarang belum selesai lagi memilih calon, lepas tu desak Perdana Menteri bubar Parlimen, bila dah bubar parlimen calon belum selesai lagi akan jadi le pemilihan calon yang bukan bukan.
Itu le yang jadi selama ni dalam pakatan pembangkang, calon yang dipilih tidak memenuhi kehendak rakyat yang sebenarnya dan kemenangan mereka di beberapa buah negeri adalah undi protes yang dilakukan oleh ahli UMNO sendiri.
Tapi kini yang sebenarnya bukan UMNO atau Barisan Nasional yang takut untuk menghadapi pilihanraya tetapi ketakutan sebenarnya berada di pihak Pakatan Pembangkang, tetapi untuk menyembubyikan kerisauan itu, pakatan pembangkang dilihat mencabar kerajaan dan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen.
Pada pilihanraya umum ke 13 ini nanti, Sangkakala amat yakin bahawa semua jentera dan ahli UMNO seluruh negara akan bersama sama berjuang untuk memenangi pilihanraya demi memastikan kemakmuran dan kestabilan negara.