Selasa, 2 April 2013

SENARAI CALON SEBELUM PRU @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - (Kemaskini 31-3-2013)

*SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)*

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
-Derhaka terhadap ibunya Mak Tom dan membiarkan perlakuan isteri beliau bersama Anwar Ibrahim menurut kata Datuk Nallakarupan.

2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
-Pernah mengatakan bahawa pihak Polis berniat jahat dengan tidak memberikan kebenaran kepada peguam untuk berjumpa dengan tahanan ISA pada 13 April 2011 didalam keadilandaily sedangkan perkara tersebut tidak pernah berlaku.

3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
-Bekas ahli parlimen yang tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional pada PRU12 dan menyertai PKR akibat kecewa dengan pemilihan pucuk pimpinan parti yang tidak meletakkan beliau sebagai calon PRU12.

4. Batu - Tian Chua (penyandang)
-Menghina pasukan keselamatan dengan mengatakan bahawa kematian anggota insiden di Lahad Datu sebagai mati katak.

5. Sembrong - Onn Abu Bakar
-Ketua cabang PutraJaya tetapi bertanding di Sembrong dan akan meninggalkan ahli dalam cabang tersebut terkapai kapai.

6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
-Mencuba nasib dalam politik dan masih menerima pencen dari kerajaan dan orang baru dalam PKR tetapi sudah mendapat tempat sebagai calon, mana ahli ahli lama PKR selama ni? Takde kelayakkan ke?

7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
-Sama macam no 7, masuk PKR semata mata untuk menjadi calon pilihanraya.

8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
-Penentang PPSMI yang dilihat amat baik untuk melatih pelajar menguasai bahasa inggeris dalam pelajaran sains dan matematik.

9. Kuala Kedah -  Ahmad Kassim (penyandang)
-Menyokong tindakan Anwar ibrahim yang meminta supaya undang undang lapuk berkenaan dengan hubungan sejenis (LGBT) diberi kebebasan.

10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
-MP yang cuba menutup periuk nasi para pekerja di kilang lynas dengan mengatakan Lynas tidak selamat sedangkan ianya disahkan selamat oleh badan dunia.

11. Padang Serai - N Surendran
-Lawyer yang cari makan dengan menghasut supaya warga india yang tidak dapat dikenal pasti identiti sama ada lahir di Malaysia atau India mendapatkan kad pengenalan.

12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
-Calon yang ditolak oleh rakyat khususnya ahli PAS Bagan Serai kerana ego dengan pangkat profesor dan Doktor beliau.

13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
-Bekas pelajar UKM yang bertindak seperti lalang, pernah menjadi ahli UMNO kerana melihat ruang politik yang diberikan oleh Anwar Ibrahim, pernah menjadi pemimpin pelajar yang anti establishment dan bertukar menjadi pro-kerajaan semata mata mengikut arah tuju Anwar.

14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 
-Memberikan tazkirah di dalam Surau Lubuk Merbau, asalnya untuk memberikan ceramah berkenaan dengan penyakit jantung akhirnya bertukar kepada ceramah politik pada 30 Julai 2011.

15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin
Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
-Ditolak oleh pengundi Machang dan kini beralih arah ke Kulim dengan harapan dapat mengaburi mata pengundi di Kulim pula.

16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
-Bertanggungjawab dalam pembinaan gerai peniaga di perhentian bas sungai Petani dan sehingga kini masih belum siap, namun beliau menghilangkan diri sejak 11 ogos 2012 hingga kini projek tersebut dihentikan, peruntukan tambahan bernilai 4 juta dari nilai peruntukan kerajaan pusat sebanyak 8 juta juga hilang begitu sahaja setelah beliau berunding dengan sebuah syarikat kontraktor bernama Mydin Holding.

17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 
-Mak Lampir yang dulunya biasa biasa kini hidup mewah dengan pelbagai kenderaan import bernilai RM 694'000 setelah beberapa bulan memenangi pilihanraya umum ke 12.

18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
-Pernah mengkritik sultan Selangor ekoran kenyataan baginda yang campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja methodist di damansara utama dengan mengatakan bahawa ianya perlu dijalankan selaras dengan ajaran islam seolah olah beliau mengatakan bahawa Baginda Sultan Selangor tidak tahu tentang agama Islam.

19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
-Orang yang berkehendakkan supaya tiada paksaan dalam beragama termasuk untuk orang Islam.

20. Pandan - Rafizi Ramli
-Pengarah Strategi yang selalu kantoi dengan statement statement bodoh beliau dan naik angin bila ditanya kenapa Anwar tak saman trio Datuk T tapi hanya saman blogger papagomo.

21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
-Orang yang dilihat tidak melakukan apa apa tugas selain daripada menghasut anak anak muda.

22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
-Pernah bertanding di kawasan DUN Saribas dan kalah kepada YB Mohd Razi Sitam dan kini mencuba nasib di Batang Lupar sebagai calon ahli parlimen, menjadikan selangor sebagai contoh untuk memberikan wang sarahidup sebanyak RM 50 sebulan kepada setiap kaum wanita, sedangkan kerajaan Selangor sendiri gagal melaksanakan perkara tersebut hingga disaman oleh persatuan ibu tunggal baru baru ini

23. Saratok - Ali Biju
-Memenangi kerusi DUN Krian Sarawak tapi sehingga kini tiada kemajuan di kawasan tersebut dan kini mula mengintai untuk merebut peluang lebih besar sedangkan di kawasan Krian masih ramai yang tidak terbela nasib mereka.

24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
-Pernah ditahan dibawah akta hasutan ISA kerana membawa salinan rakaman radio free sarawak dan Tv bebas sarawak.

25. Baram - Roland Engan
-Pernah menjadi peguam kepada pasangan yang sama sama terlibat dalam kes rogol dan rakam aksi terkutuk tersebut dan beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap kedua dua tertuduh walaupun tahu bahawa perbuatan tersebut menjadikan nasib gadis berusia 11 tahun (mangsa) gelap.

26. Limbang - Baru Bian
-Menjadi peguam kepada pribumi Sarawak yang menuntut tanah NCR, beliau mengenakan caj sebanyak RM 5 ribu ke RM 8 ribu bagi setiap kes dan meminta 30% daripada hasil yang diperolehi sekiranya kes tersebut menang di mahkamah, bayangkan 30% bukan nilai yang sedikit tapi itulah yang dikenakan oleh Baru Bian tetapi jika kes tersebut kalah, maka beliau juga sudah menerima wang pendahuluan sebagai ganjaran.

27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
-Timbalan Ketua Menteri 1 yang tidak berani menentang apa yang Guan Eng katakan dan dengan mengatakan Guan Eng sebagai tokong hanya retorik.

28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
(belum diumumkan)
-Kecewa kerana tidak memegang jawatan menteri kerana sebelum ini beliau memegang jawatan timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi tetapi KPI merudum jatuh kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
-Pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Azean Erdawati tetapi berakhir dengan penceraian, bukan itu sahaja malah beliau tidak mengaku bahawa Benjy adalah anak dari perkongsian hidup bersama Azean adalah anak beliau dan enggan berjumpa dengan Benjy sewaktu pelakon tersebut ditahan di penjara akibat tuduhan memproses dan menjual dadah, seperkara lagi Benjy juga ditinggalkan bersama Azean kerana beliau sudah mempunyai anak bersama isteri baru.

30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
-Orang yang kecewa dengan Barisan Nasional sebab tahu nama tidak akan tersenarai sebagai calon pilihanraya akan datang.

31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)
-Pernah menulis sebuah artikel dalam Malaysiakini pada 12 sep 2006 yang meminta kerajaan memberi pengiktirafan kepada seorang pejuang rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya, Rashid Maidin yang dikatakan oleh beliau sebagai pejuang kemerdekaan.

*SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)*

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
-Bapa perkauman yang mencetuskan kejadian 13 Mei.

2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
-Menolak dengan keras penubuhan negara islam.

3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
-Pernah menempelak MB Kedah yang membuat garis panduan tentang sambutan tahun baru cina dimana beliau mengatakan bahawa garis panduan tersebut sudah lapuk dan pernah juga memberikan ceramah di dalam masjid di Selangor, ini juga telah menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati agama Islam.

4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
-Orang yang memperolehi tanah seluas lebih 10 ribu ekar anugerah kerajaan Kelantan untuk menyokong Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak.

5. Kluang - Liew Chin Tong
-MP Bukit Bendera yang mahu bertanding di Kluang kerana pengundi di kawasan Bukit Bendera tidak berpuas hati dengan prestasi beliau sebagai ahli parlimen kawasan tersebut yang dilihat tidak membawa apa apa perubahan.

6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
-Pernah membuat fitnah dengan mengatakan bahawa Majlis Perbandaran Alor Setar akan merogohkan kuil dan tokong di negeri tersebut sedangkan ianya tidak pernah berlaku, ianya di buat untuk mencetuskan ketegangan antara agama di negeri tersebut.

7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
-Peguam yang mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock dengan menuduh SPRM sebagai dalang dalam kes kematian tersebut, sedangkan ada kemungkinan Beng Hock mati akibat bunuh diri dengan cara terjun dari bangunan SPRM.

8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
-Pernah menjadi speaker DUN Perak dan bertindak untuk menderhaka kepada Raja Muda Perak semasa perasmian sidang DUN yang membuatkan baginda menunggu hampir 4 jam untuk perasmian tersebut.

9. Bentong - Wong Tuck
-Orang yang melaungkan untuk berjuang demi kehijauan alam tetapi sebenarnya mempunyai agenda politik.

10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang) 
-Pernah mengarahkan agar Azan di masjid puchong di perlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman orang bukan beragama Islam.

11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
-Ahli Parlimen kawasan puchong yang paling pemalas dan pernah di maki oleh penduduk akibat daripada ceramah beliau yang mengatakan kejayaan kerajaan Selangor sedangkan beliau tidak melakukan apa apa tugas di kawasan parlimen beliau sendiri selain berceramah politik.

*SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)*

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
-Orang yang mengeluarkan amanat gila hingga ramai yang sengsara.

2. Arau - Tuan Guru Haron Din
-Orang yang menunggu masa untuk menggantikan Nik Aziz.

3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
-Cuba memfitnah dan memfailkan saman terhadap Datuk Hamidah Osman kerana dikatakan menunjukkan beliau memakai baju seorang paderi dan memegang salib dan beliau sendiri mengaku telah mengubah bahan bukti tersebut.

4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
-Ahli parlimen yang bersahaja apabila kawasan beliau dinaiki air dan apabila UMNO dan Barisan Nasional meminta bantuan JPS untuk mengepam air tersebut keluar, beliau terus bertemu dengan wartawan dan mengatakan itu semua adalah hasil usaha beliau.

5. Pulai - Salahuddin Ayub
-Orang yang pernah menjadi popular dengan nama Din Pudu apabila ditangkap khalwat di kawasan Pudu satu masa dulu.

6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
-Menjadi Yang Di-Pertua bahagian subang selangor tetapi lari bertanding di Padang Terap kerana di tolak oleh pengundi di kawasan tersebut.

7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
-Orang yang mengatakan komunis adalah pejuang kemerdekaan.

8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
-Pernah mengatakan kerajaan zalim dan pemberian RM500 bantuan rakyat 1Malaysia tidak dapat menghapuskan kezaliman tersebut.

9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
-Pernah mengeluarkan ancaman bunuh terhadap sukarelawan DMPP namun menidakkannya setelah laporan polis dibuat.

10. Tumpat -  Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
-Pernah menerima lesen judi bersama sama dengan Vincent tan semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan.

11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
-Pernah mengatakan bahawa Hasan Ali tidak membalas jasa PAS sedangkan Hasan Ali memperjuangkan Islam di Selangor dan di buang dari keahlian.

12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)
-Orang yang menyokong kenyataan Nurul Izzah untuk kebebasan beragama walaupun anak kepada bekas mursyidul am PAS.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: