Ahad, 7 April 2013

#menifestoBN PAKATAN TAKKAN MAMPU TANDINGI BARISAN NASIONAL

Malam tadi Perdana Menteri telah melancarkan menifesto Barisan Nasional yang dilihat lebih membawa kepada kemajuan untuk negara serta rakyat.

Barisan Nasional memperkenalkan 17 menifesto yang sudah pastinya akan ditunaikan seperti mana janji janji pilihanraya yang dahulu.

Antara yang menarik perhatian ialah kenaikan BR1M untuk isi rumah sebanyak RM 1200 dan untuj golongan bujang pula sebanyak RM 600 akan diberikan dengan bantuan secara tahunan di kekalkan.

Tidak lupa juga bantuan yang sedia ada iaitu bantuan baucar buku 1 Malaysia yang selama ini di beri sebanyak RM 200 dinaikkan kepada RM 300 serta bantuan persekolahan daripada RM 100 kepada RM 150.

Janji ini sebenarnya tidak termasuk dalam menifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya kali ke 12 yang lalu, namun ianya diberikan kepada rakyat kerana hasil keuntungan negara yang di perolehi dikongsikan dengan rakyat.

Tapi apa yang kita lihat,  beberapa negeri yang kini berada di tangan pembangkang tidak tercapai menifesto mereka kerana menurut mereka menifesto bukanlah satu janji.

Menifesto Barisan Nasional ini pula bukanlah seperti menifesto pembangkang kerana bagi kerajaan Barisan Nasional,  menifesto itu adalah akujanji kerajaan kepada rakyat dan ianya perlu di lunaskan tidak kira walau apa pun terjadi.

Dan apa yang penting ialah kerajaan Barisan Nasional tidak sesekali akan bertanya parti mana yang disokong atau yang diundi oleh rakyat bagi melayakkan mereka menerima segala yang diberikan oleh kerajaan.

Tidak seperti yang dilakukan oleh pembangkang yang mana mereka pernah bertanya kepada persatuan ibu tunggal di Selangor bahawa persatuan tersebut perlu menunjukkan bukti kepada kerajaan Selangor bahawa ahli mereka mengundi kerajaan pakatan pembangkang bagi membolehkan atau melayakkan mereka menerima bantuan sara hidup dari kerajaan negeri tersebut.

Begitu juga dengan pemberian air secara percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor,  apa yany terjadi ialah, mereka yang duduk dirumah yang menggunakan meter pukal tidak menerima bantuan ini tetapi mereka yang menggunakan meter bacaan air berasingan akan menerima bantuan air percuma.

Di Selangor terdapat banyak rumah rumah perumahan rakyat termiskin atau pprt dan semua PPRT ini menggunakan meter pukal dan dengan kerana itu juga mereka ini tidak mendapat bantuan air tersebut sedangkan semua yang mendiami kawasan PPRT adalah dari golongan berpendapatan rndah dan boleh dikatakan miskin.

Yang mendapat bantuan pula seperti penduduk di kawasan padang golf kalau disini Sangkakala ambil Tropicana yang sudah pastinya dimiliki oleh orang orang kaya kerana harga rumah mereka sahaja sudah mencecah nilai jutaan ringgit.

Jadi dimana keadilan yang diberikan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat di negeri tersebut?

Dalam pada itu mereka juga memperkenalkan lagi menifesto bahawa mereka akan memberikan bantuan kepada golongan suri rumah.

Sedangkan ibu tunggal mereka boleh permainkan, ini nak bagi suri rumah pula?

Menifesto kerajaan Selangor bukanlah satu janji, jadi mereka mampu untuk berkata apa sahaja demi untuk mendapat undi dari rakyat dan apa yang akan jadi selepas mereka menang dalam pilihanraya sudah terserlah di beberapa buah negeri yang jatuh ke tangan mereka semasa PRU12 yang lalu.

Jadi fikir fikirkanlah sebelum anda semua membuat keputusan untuk memberikan undi anda kepada pakatan pembangkang.