Rabu, 6 Mac 2013

@abby_abadi112 MEROYAN KENAPA NI SAYANG

Sangkakala pun pelik dengan kenyataan ustazah segera kesayangan pak lebai PAS ni.

Memang le puak pengikut kesultanan Sulu tu takkan mengaku siapa yang menjadi dalang apatah lagi sekiranya ia melibatkan pemimpin pakatan pembangkang.

Itu kena la faham cik abby oii, kalau mereka mengaku memang mereka sengaja cari penyakit le kan.

Yang kata macam tu perisikan tentera Filipina sendiri dan ianya tersebar di dalam akhbar Filipina dan Reuters, jadi pegi la tanya mereka tu, mana mereka dapat maklumat.

Bukan hanya dengan kenyataan dari pembangkang atau pemberontak bersenjata Filipina nak didengar oleh orang, tai dari unit perisikan itu sendiri.

Jelas ada gambar menunjukkan bahawa Anwar berjumpa Misuari tapi tidak diketahui apa tajuk perbincangan dan pihak perisikan Filipina mengatakan bahawa ianya adalah rundingan untuk memberikan outonomi kepada Sabah dan pembangkang akan melantik Sultan Sulu sebagai Sultan yang memerintah Sabah, itu kata mereka.

Dan satu persoalan, kenapa Anwar berjumpa Misuari dan ini perlu dinyatakan oleh Anwar sendiri, bukan dengan cara menyaman pihak yang menerima maklumat, sedangkan yang memberi maklumat dibiarkan.

Sangkakala rasa ianya seolah olah untuk menakut nakutkan pihak yang mendedahkan maklumat kepada rakyat pula kan.

Apa yang penting sekarang, pihak musuh sudah menyerang Lahad Datu dan ianya ada kaitan dengan kenyataan Anwar bahawa sekiranya pakatan pembangkang memerintah, maka Sabah akan bebas dari Malaysia, dan lagu yang selalu di dendangkan oleh Anwar juga menyebut bahawa 'Sabah nak hilang', apa maksud semua tu?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: