Lori ceramah PAS datang ke Parit Buntar siang tadi, rata rata masyarakat menganggap bahawa mestilah penceramah hebat yang turut serta.
Namun semuanya hampa apabila hanya YB Mujahid (MP) dan YB Yunus (ADUN) sahaja yang berceramah.
Melihat keadaan itu, ramai dikalangan yang hadir balik atau beredar dari kawasan tersebut.
Itu pun tak sampai 100 orang yang datang, apa dah jadi? Apakah ini menampakkan bahawa Pakatan Pembangkang sudah tidak diterima lagi di Parit Buntar?
Mungkin para pengikut PAS dan PKR sudah muak dengan kehadiran 2 orang wakil rakyat yang tidak kelihatan sebegitu lama dan baru kini muncul di kawasan tersebut.
Ini adalah satu petanda dimana Parlimen Parit Buntar dan DUN Kuala Kurau akan dikuasai semula oleh Barisan Nasional.
Tapi sememangnya patut begitu, memandangkan selama ini hanya Barisan Nasional yang kerap turun padang menyelesaikan permasaalahan penduduk serta rakyat di sekitar Parit Buntar walaupun kawasan Parlimen dan dua DUN kawasan Kuala Kurau dan Titi Serong diwakili oleh wakil rakyat dari PAS dan PKR.
Pengundi di Parit Buntar perlu sedar tentang perkara ini, mereka ini hanya kelihatan semasa pilihanraya hampir menjelang tiba, selepas itu mereka akan hilang dan melakukan kerja sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat disekitar kawasan tersebut.
Adakah ini wakil rakyat yang perlu dinaikkan lagi mewakili kawasan tersebut? Mahukah lagi rakyat di kawasan Parit Buntar dan kedua dua DUN menerima nasib sama sekali lagi.
Sangkakala lihat, mereka ini tidak ubah hanya ingin mendapatkan kuasa dan jawatan, selepas mendapat semua itu, mereka akan hilang, dan mereka akan kembali lagi untuk menuntut perkara sama daripada rakyat.
Jadi sudah sduah lah wahai rakyat Parit Buntar, tidak ada faedahnya memberikan undi kepada mereka ini kerana apa yang diberikan tidak dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan