Sabtu, 16 Mac 2013

ANWAR HINA MENDIANG PI BALA

Malam tadi satu ceramah telah diadakan di Bagan Serai yang mana ketua pembangkang bersama sama dengan gerombolannya datang menghentam UMNO dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu dan cerita dikisahkan oleh Anwar serta kuncu kuncunya semasa berceramah.

Tetapi semalam juga telah disahkan bahawa orang yang dikatakan cuba membantu Anwar untuk menang dalam pilihanraya dan seterusnya untuk menjadi Perdana Menteri.

PI Bala, yang pulang ke Malaysia setelah beberapa lama melarikan diri hingga ke negara India setelah melakukan akuan bersumpah kali ke 2 berkaitan dengan kematian warga Monggolia, Altantuya Syaribu.

Mendiang PI Bala meninggal dunia semalam akibat sakit jantung, selama beberapa hari beliau terlantar dihospital, tidak ada seorang pun wakil dari parti pembangkang datang untuk melawat mendiang hinggalah semalam beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sungai Buloh.

Apa yang lebih menyedihkan, semasa mendiang pulang dari India, di lapangan terbang begitu ramai pengikut pembangkang menyambut kepulangan beliau seolah olah beliau seorang pejuang yang baru pulang dari medan perang.

Tetapi setelah beliau meninggal dunia dan semasa mayat mendiang masih berada di kediaman keluarga beliau, Anwar Ibrahim pergi berceramah.

Sangkakala tidak mengatakan salah untuk Anwar Ibrahim keluar berceramah, tetapi Anwar langsung tidak menyebutkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang diatas kehilangan orang yang tersayang.

Cuba kita fikir, orang yang sama sama bersekongkol dengan beliau (Anwar) dan disambut sebegitu rupa semasa kepulangan akhirnya dilupakan oleh Anwar begitu sahaja seolah olah PI Bala tidak wujud didalam kamus atau diari pakatan pembangkang.

Mendiang terus dilupakan begitu tanpa memikirkan apa yang dilakukan oleh Bala adalah untuk menjatuhkan kerajaan dan itu juga agenda yang dijalankan oleh pakatan pembangkang.

Takkan untuk mengucapkan sepatah perkataan (takziah) ianya akan mengganggu perjalanan ceramah yang berlangsung hampir 3 jam.

Ucapan Anwar sahaja berkisar selama 56 minit dan adakah itu tidak mencukupi untuk beliau mengucapkan ucapan takziah yang menggunakan masa selama 1 saat?

Inilah yang dilakukan oleh pembangkang, ibarat habis madu sepah dibuang, tidak ada istilah mengenang budi dan jasa dalam kamus perjuangan mereka, yang ada hanyalah politik dan terus berpolitik.

Rakan atau sahabat ditolak ketepi, susah sama sama senang sendiri sendiri dan perakara ini telah terbukti dengan kejadian malam tadi.

Sangkakala bukan bercakap kosong, tetapi Sangkakala berada didalam ceramah tersebut, tertunggu tunggu juga ucapan takziah dari Anwar untuk mendiang Bala, namun ianya hanya sia sia.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: