Selasa, 19 Mac 2013

PEMBANGKANG MAHU PBB CAMPUR TANGAN DALAM ISU LAHAD DATU

Sangkakala rasa agak pelik dengan pihak pembangkang ni, selalu sangat mereka ni seolah olah suka dengan campur tangan asing dalam pentadbiran negara.

Memetik kenyataan dalam artikel yang dikeluarkan oleh blog Suara Pakatan Rakyat yang meminta supaya campur tangan dari PBB dan meminta supaya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan di ambil tindakan tribunal perang.

Permasaalahannya ialah, adakah kita menganiaya orang atau rakyat kita sendiri dengan menggunakan akta tentera.

Negara kita diceroboh oleh pengganas dari Filipina yang mengaku sebagai pengikut kesultanan Sulu dan mereka juga telah membunuh beberapa orang anggota keselamatan negara.

Adakah pengganas ini wajar diberikan layanan bertaraf 5 bintang oleh kerajaan dan untuk makluman juga, setiap siasatan mempunyai prosedur tersendiri.

Dengan mendakwa bahawa pengganas yang ditahan didera, tidak diberi makanan dan sebagainya termasuk mempolitikkan kematian seorang pengganas di hospital akibat penyakit dilihat sebagai sesuatu yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Pembangkang sememangnya selalu dan kerap kali cuba menggunakan campur tangan asing dalam isu pentadbiran negara.

Jika ini keadaan yang selalu atau diguna pakai maka tidak mustahil pembangkang tetap akan menggunakan kuasa asing dalam segala perkara jika mereka diberi kuasa untuk memerintah.

Pembangkang dilihat seolah olah tidak tahu mengenai pentadbiran negara walaupun mereka ini sudah lama didalam politik dan ketua umum PKR yang juga merupakan ketua pembangkang adalah bekas Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai contoh, tidak ada satu pun dikalangan pemimpin pembangkang yang mengeluarkan kenyataan untuk membantu kerajaan dalam menangani isu di Lahad Datu, apa yang dikeluarkan hanyalah kritikan demi kritikan hingga ada diantara mereka yang memperlekehkan perjuangan anggota keselamatan di sana.

Mentaliti ini jika diguna pakai untuk pentadbiran sebuah negara bakal menyaksikan negara ini akan dikuasai oleh tangan asing yang sekian lama menunggu masa untu menjajah semua negara ini.

Apa yang perlu kita lakukan ialah menyokong tindakan kerajaan dalam menangani isu dan bukan meminta campur tangan PBB atau apa juga badan dunia yang lain kerana kerajaan Malaysia telah menggunakan prosedur rundingan terlebih dahulu dengan pihak pengganas.

Adakah itu melambangkan kerajaan kita zalim dengan penceroboh ini dan pihak keselamatan hanya melakukan serangan setelah tempoh masa rundingan telah tamat dan dilihat juga pangganas pengganas ini tidak menunjukkan sikap bahawa mereka akan menyerah diri kepada pihak keselamatan.

Bahkan mereka (pengganas) juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir yang mana ini menunjukkan bahawa mereka tidak sesekali akan menyerah kalah atau menyerah diri tetapi mereka menunjukkan bahawa mereka sedia untuk berperang.

Apa yang Sangkakala perhatikan ialah, mereka (pembangkang) sememangnya tidak mampu untuk menjadi kerajaan kerana mereka sendiri akan meminta campur tangan asing dalam pentadbiran sekiranya di beri mandat oleh rakyat untuk memerintah.

Oleh itu, demi menjaga keselamatan negara serta rakyat, pembangkang harus ditolak secara total dan jangan langsung diberi kuasa untuk mentadbir.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: