Isnin, 11 Mac 2013

KAUM CINA DIRASUAH OLEH PAS KELANTAN

Pengistiharan Jalan Kebun Sultan sebagai ChinaTown merupakan 1 pengistiharan yang mengiktiraf keperluan Kaum Cina dan ini merupakan 1 perkembangan yang baik kepada kaum tersebut.Saya mengucapkan Syabas & Tahniah atas kejayaan ini.

Tetapi pengistiharan ini memberi seribu persoalan yg boleh kita prsoalkan...

Kita tidak mempertikaikan pengistiharan itu kepada kaum Tiong Hwa, Saya melihat ChinaTown ini merupakan penganugerahan 1 kawasan kepada kaum Cina di Klantan yg selama ini pun telah beroperasi sebagai kawsan jual beli dan medan makan yang pelbagai pilihan utk kaum Cina di Kota Bharu khususnya.

Syabas saya ucapkan kepada Kaum Tiong Hwa yg berhak mendapat sebuah bandar untuk mereka berniaga dan berjual beli.

Tapi kenapa ianya di isytiharkan menjelang PRU yang semakin hampir? Adakah ini merupakan 1 bentuk Rasuah pimpinan Pas kpd Kaum Cina mnjelang PRU? Yang pasti ianya ada tuntutan dan cadangan sehinggalah China Town ini di iktiraf.

Tapi saya ingin mengajukan persoalan kepada kerajaan negeri berkaitan peniaga PARIT DALAM yang serba kekurangan.

Sumber air yang bermasalah, sumber eletrik yang masih menggunakan generator yang perlu di bayar setiap malam kepada kontraktor yang menyediakan sumber eletrik itu dan kawasan yang langsung tidak di sediakan apa2 kemudahan.

Ini yang saya pertikaikan, dan yang menyedihkan pula di Parit Dalam ialah peniaga2 di situ 100% Melayu Klantan.

Sy mengesyorkan agar peniaga2 di Parit Dalam bangkit menuntut hak mereka yg telah lama di abaikan walau berkali-kali permasalahan di Parit Dalam ini di utarakan seperti mana pemberian ChinaTown oleh pimpinan PAS berdepan PRU ini.

Klau Kaum Cina dah ada 1 China Town kenapa peniaga Parit Dalam tidak boleh di sediakan 1 medan yg lengkap dengan lantai konkrit yang baik? Tandas dan surau di sediakan? Petak petak di selenggara dengan baik? Khemah khemah yang lebih teratur? Air dan eletrik yang sempurna kpd peniaga peniaga Melayu di sini? Promosikan kawasan Parit Dalam agar menaikkan laga pendapatan mereka ini.

Kalau dulunya ratusan peniaga peniaga melayu berniaga pelbagai makanan dan kuih muih ketika di tapak Padang Bas tapi setelah di pindahkan atas sebab pembangunan ke Belakang Flat Buluh Kubu seorang demi seorang peniaga gulung tikar di sebabkan tidak ramai pelanggan yang datang kerana kawasan nya yang kotor dan lagsung tidak ada kemudahan asas yang perlu di sediakan oleh kerajaan negeri kepada mereka.

Ini merupakan 1 bentuk diskriminasi dan penganiayaan kepada peniaga peniaga melayu khususnya di Parit Dalam.

Peniaga ini harus bangkit menyatakan tuntutan dan kekesalan mereka dalam apa jua bentuk untuk menyedarkan pimpinan PAS yang hanya berkawan dengan orang orang kaya dan berharta sahaja.


Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad
Presiden OMBAK
Org Muda Berpadu Anti Korupsi


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: