Rabu, 27 Mac 2013

#lahaddatu KETUA POLIS PERAK IKRAR AKAN PERTAHAN TANAH AIR @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Malam ini dikediaman rasmi Menteri Besar majlis menyambut ketibaan anggota PGA VAT69 yang berjuang di Lahad Datu Sabah.

Kumpulan ini adalah kumpulan pertama yang pergi ke kawasan yang dicerobohi oleh pangganas yang mendakwa mereka pengikut Raja Sulu.

Kumpulan ini juga adalah kumpulan yang pergi bersama sama allahyarham Insp Zulkifly dan Sarjan Sabaruddin yang terkorban semasa bertugas disana.

Pasukan yang terdiri daripada 150 orang anggota selamat tiba di Lapangan Terbang Subang disambut penuh keharuan oleh anak, isteri serta sahabat handai rakan seperjuangan yang lain.

Pasukan VAT69 yang ditugaskan dibarisan hadapan terdiri daripada 80 orang anggota merupakan pasukan pertama yang masuk ke Kampung Tanduo dan telah diserang hendap oleh pengganas pada 1 March 2013 lebih kurang jam 10 pagi yang telah mengorbankan dua orang pejuang tanah air.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negeri Perak, beliau merasa sedih dengan kematian 2 orang anggota polis dan turut merasa bangga dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh pasukan VAT69 dalam memperjuangkan kedaulatan tanah air.

Beliau juga berkata, sekiranya diberi peluang maka tidak mustahil anggota anggota ini sedia untuk terus berkhidmat.

Beliau juga selaku Ketua polis negeri, berikrar bahawa pasukan polis akan terus berjuang demi menjaga keselamatan tanah air.

Menteri Besar Perak pula pada awalnya meminta semua yang ada untuk membacakan Al-Fatihah kepada Allahyarham yang terkorban semasa bertempur dan meminta bagi mereka yang bukan Islam untuk bertafakur seketika bagi menghormati kematian para pejuang ini.

Dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau juga turut merasa sedih dengan kehilangan anggota polis yang terkorban, namun pengorbanan itu menurut Menteri Besar tidaklah sia sia kerana mereka yang terkorban berjuang menentang pengganas yang menceroboh dan cuba menjatuhkan martabat serta kedaulatan tanah air.

Beliau juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga bagi pihak kerajaan negeri diatas pengorbanan pasukan polis ini.

Majlis yang dihadiri hampir 700 orang termasuk keluarga, para pegawai dan anggota dari pasukan polis serta tentera disajikan dengan makanan dalam satu jamuan makan malam di kediaman Menteri Besar.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: