Isnin, 11 Mac 2013

TIAN CHUA BAKAL SAMAN BLOGGER PAPAGOMO

Sangkakala terbaca dalam satu artikel di keadilandaily yang mana dalam artikel tersebut ada mengatakan bahawa Naib Presiden Keadilan yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua akan memfailkan saman terhadap blogger Papagomo.

Ini berikutan kata Tian Chua tentang artikel blogger itu yang disifatkannya sebagai fitnah dan kini ianya melibatkan keselamatan beliau.

Blogger Papagomo dikatakan telah mengeluarkan artikel tentang penghinaan yang dilakukan oleh Tian Chua terhadap anggota keselamatan yang berjuang di Lahad Datu Sabah.

Papagomo dikatakan menyerang beliau di dalam blog dan kini menyebabkan siri ancaman dan ugutan terhadap keselamatan peribadi beliau (tian chua).

Beliau juga berkata, tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata.

Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti.

Tian Chua nak saman siapa itu Sangkakala tak peduli, tapi yang pasti sekarang ramai rakyat Malaysia sudah mula marah pada beliau dengan kenyataan kenyataan beliau tidak kira secara terbuka mahu pun di laman laman sosial.

Tian Chua dilihat juga sebagai pencetus provokasi terhadap orang Melayu, dengan kenyataan kenyataan beliau yang menyinggung perasaan sudah pasti rakyat marah dan benci terhadap beliau.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: