Sabtu, 9 Mac 2013

SAIFUL DIANIAYA BAPA SENDIRI

Kesian pulak Sangkakala tengok Saiful Bukhari, bukan sahaja Anwar Ibrahim menganiaya beliau, malah kini bapa beliau sendiri pun melakukan perkara sama.

Petang tadi gempar apabila bapa Saiful mengatakan bahawa kes liwat yang berlaku membabitkan Saiful adalah konspirasi UMNO dan petang tadi juga, Saiful telah mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang dikatakan oleh bapa beliau.

Saiful mengatakan bahawa bapa beliau sudah tiga minggu tidak pulang ke rumah dan oleh kerana kesempitan wang, beliau sanggup mengatakan bahawa anak beliau yang bersumpah dengan nama Allah telah diliwat oleh Anwar sebagai satu konspirasi.

Saiful dalam kenyataan akhbar beliau mengatakan bahawa bapa beliau pernah berkata sebelum meninggalkan rumah yang mana beliau (bapa saiful) akan memusnahkan Saiful serta UMNO.

Saiful juga menggesa agar Anwar Ibrahim supaya tidak lagi meliwat anak muda dan jangan lagi cuba membeli keluarga beliau.

Kenyataan ini juga jelas menunjukkan bahawa bapa Saiful telah dibayar oleh Anwar Ibrahim dan sudah pastilah ianya dapat menyelesaikan masalah kewangan beliau.

Kerana duit, seorang bapa sanggup mengaibkan anaknya, hilang sifat kasih sayang dan simpati yang ditunjukkan kepada Saiful sepertimana beliau ke mahkamah dahulu.

Walau apa pun, Sangkakala percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia bersama Saiful dalam menegakkan keadilan untuk beliau.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: