Ahad, 10 Mac 2013

SERI MALAYSIA DIGEGARKAN OLEH UMB PERAK @Khairykj @ZambryAbdKadir @TunFaisal @hairul_own


Hotel Seri Malaysia hari ini digegarkan dengan kejutan perasmian Unit Media Baru Negeri Perak. Najlis perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Perak, saudara Khairul Azwan atau Azwanbro dihadiri oleh kira kira 50 orang pesrta dari semua bahagian di seluruh negeri.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi Unit Media Baru Pusat, saudara Tun Faisal Ismail yang menganggap bahawa kehadiran ini adalah yang terbaik kerana ianya melepasi sasaran kehadiran iaitu 40 orang peserta.

Pengerusi Unit Media Baru negeri Perak, saudara Hairul Anwar yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Ipoh Timor pula berkata walaupun penubuhan ini agak lewat, namun ianya tidak bermakna tidak boleh membantu kerajaan Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan besar di negeri Perak.

Tidak ada istilah lewat dalam usaha membantu kerajaan mencapai kemenangan di negeri Perak kata saudara Khairul Azwan pula dalam ucapan perasmian beliau.

Semua yang menyertai kursus jentera ini berjanji bahawa mereka sedaya upaya dalam usaha membantu kerajaan dalam menepis segala tohmahan dan fitnah dari pembangkang serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan seterusnya membolehkan kerajaan Barisan Nasional menang besar di negeri Perak dalam PRU13 nanti.