Ceramah yang dihadiri oleh beberapa pemimpin pembangkang negeri turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim selaku bapak pembohong.
Dalam ceramah yang di sampaikan oleh pengerusi DAP Perak, beliau masih lagi mengaitkan tentang kematian Altantuya Syaribu dengan Perdana Menteri walaupun tiada bukti menunjukkan kearah itu.
Pembangkang mungkin sekali ini perlu diajar, kerana selama ini setiap kenyataan dari pihak kerajaan atau pro kerajaan akan diambil tindakan dengan menyaman mereka di mahkamah.
Jadi apa kata kalau Perdana Menteri serta isteri pula menyaman mereka ini sepertimana saranan yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada UMNO dan Barisan Nasional supaya menyaman mereka yang emngaitkan insiden Lahad Datu dengan UMNO/BN.
Sangkakala lihat, apabila Perdana Menteri menyatakan pendirian tersebut, seorang pemimpin PKR telah mengelupur bagai cacing kepanasan dan dengan tidak semena mena menukar kenyataan.
Memang pembangkang kaki SPIN, tak sampai beberapa lama, sudah tukar kenyataan, seperti kata pelawak Sathiya "Sudah Tukar Ka?".
Hanya itu yang mampu dilakukan oleh pembangkang, dulu mereka akan menyaman pihak sana dan sini, dan sekarang mereka pula akan menerima apa yang selalu mereka lakukan terhadap UMNO dan Barisan Nasional serta pengikut jika mereka berkata atau bercakap lebih.
Sedangkan apabila mereka melemparkan fitnah dan sebagainya, UMNO atau Barisan Nasional atau pengikutnya hanya berdiam diri, dan nampaknya zaman tersebut telah berakhir.
Seperti yang Sangkakala katakan tadi, Ngeh Koo Ham perlu diambil tindakan kerana menyebarkan fitnah di tempat awam dengan niat mahu menjatuhkan maruah Perdana Menteri selaku ketua sebuah negara demi mencapai niat mereka.
Dan apa yang menampakkan bahawa pakatan pembangkang seakan akan terlibat dalam insiden di Lahad Datu ialah, mereka langsung tidak menyebut akan perkara tersebut seolah olah mereka tidak tahu langsung terdapat kejadian pertumpahan darah disana.
Jelas pembangkang langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku didalam negara dan tugas mereka hanya berpolitik sepanjang masa hinggakan semua perkara yang terjadi dijadikan bahan politi mereka dan sekiranya mereka ini yang dipilih untuk menjadi pemerintah, maka negara ini akan terus berada ditahap yang ada sekarang dan jika silap percaturan maka satu musibah besar akan terjadi sekiranya ekonomi negara ini semakin merosot akibat dari ketidak prihatinan mereka ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan