Ahad, 10 Mac 2013

NAJIB EQUINO TERBABIT DALAM KONSPIRASI SABAH

Insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu yang sudah masuk hampir sebulan tetap hangat diperkatakan dan pihak keselamatan masih lagi menjalankan usaha usaha mengesan pengganas yang dianggarkan berkekuatan hampir 200 orang lengkap bersenjata.

Dalam pada itu, spekulasi demi spekulasi telah diwujudkan oleh beberapa pihak dan ada juga pihak yang mengatakan bahawa yang menjadi dalang kepada terjadinya pencerobohan ini ialah pemimpin tinggi pembangkang di Malaysia.

Laporan ini dibuat oleh pihak akhbar Reuters dan media Filipina dengan mengaitkan pertemuan diantara ketua pembangkang dengan Nur Misuari, seorang pengasas kumpulan militan yang pernah diekstradisi oleh kerajaan Malaysia ke Filipina.


Terkini pula ialah tentang satu laporan yang dibuat oleh akhbar negara itu juga yang mengaitkan penglibatan Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Filipina itu tentang insiden dengan mengatakaan ini semua adalah konspirasi diantara Perdana Menteri dengan Presiden Filipina.

Dalam pada itu pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.

Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.

Tidak mungkin pemimpin kedua dua negara itu mahu melihat ada kematian diantara rakyat dan juga pasukan keselamatan mereka dan perkara tersebut dilihat tidak menguntungkan sesiapa walau dalam apa jua agenda yang hendak diketengahkan.

Pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.

Persoalannya ialah siapa yang membiaya mereka semua ini dengan kelengkapan senjata tersebut dan siapa pula yang menjanjikan habuan sebanyak $600 itu kepada mereka?

Baru baru ini juga videoklip tentang ketua pembangkang yang menyanyikan lagu Sabah akan hilang disebarkan dan mungkinkah ianya ada kena mengena dengan insiden yang berlaku dlam masa kita menuju ke pilihanraya ke 13 yang semakin hampir?

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Apa maksud Anwar yang acap kali menyanyikan lagu tersebut setiap kali beliau memberikan ceramah sejak tahun 2012 lagi? Adakah beliau sudah pun tahu bahawa akan ada satu kejadian yang mampu membuatkan Sabah akan jatuh ke tangan mana mana pihak?

Ini menjadi persoalan selama ini dimana Anwar sendiri yang belum apa apa sudah cuba untuk menyaman dua media di Malaysia iaitu akhbar Utusan dan juga media elektronik TV3 dan satu perkara yang lebih menghairankan ialah, Anwar tidak pula menyaman dua pihak media antarabangsa yang pada awalnya mengaitkan beliau dengan kospirasi tersebut.

Ada juga laporan yang mengatakan bahawa sebelum serangan di Lahad Datu bermula, beberapa pemimpin pembangkang telah pergi ke Filipina namun ianya belum dapat disahkan lagi dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa pihak termasuk blogger blogger di seluruh tanah air.

Jika benar semua ini terjadi, maka adalah tidak wajar sekiranya perkara tersebut berlaku dimana kita selama ini mendokong kesejahteraan sejagat dan menolak sebarang unsur unsur keganasan dan seperti mana yang kita lihat pada awal kejadian di Lahad datu, pihak kerajaan hanya menghantar anggota polis kerana beranggapan bahawa mereka ini adalah penjenayah dan mereka melakukan jenayah pencerobohan di kawasan tersebut, namun apa yang menyedihkan ialah apabila pihak polis berkenaan telah diserang dan mengakibatkan kematian 2 anggota polis Malaysia.

Dan selepas itu kita dikejutkan pula dengan penyerangan oleh pihak pengganas di Sempoerna yang juga mengakibatkan kematian anggota polis Malaysia.

Setelah kerajaan memberikan masa yang begitu lama (2 minggu) namun pihak pengganas masih belum menunjukkan tanda tanda mereka akan menyerah diri, maka satu tindakan ketenteraan pun diambil dengan menggempur kawasan tersebut menggunakan Jet pejuang sebelum pihak keselamatan melakukan serangan dari darat.

Tindakan ini juga telah menjadi satu sindiran oleh blog pembangkang dengan mengatakan bahawa manjadi satu kerugian apabila kita menggunakan serangan dari udara yang dilancarkan oleh pihak TUDM dengan mengatakan bahawa juruterbang TUDM kita antara yang paling bodoh dalam dunia, klik <disini>.

Bukan setakat itu sahaja, pembangkang juga mengatakan bahawa insiden kematian yang melibatkan kematian anggota keselamatan kita (polis) adalah satu wayang oleh UMNO dan meraka juga ada mengatakan bahawa ketian tersebut diada adakan serta keranda yang dibawa adalah kosong serta tiada berisi mayat anggota keselamatan tersebut.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Namun kita  semua tetap berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para perajurit tanah air yang sanggup bertungkus lumus dan bermandi peluh tanpa menghiraukan peluru musuh yang pada bila bila masa boleh menghinggap ke tubuh badan mereka serta mencabut nyawa mereka dari badan.

Untuk mengadaptasikan ucapan terima kasih ini, seorang peguam wanita yang berasal dari Sabah telah meciptakan sebuah lagu untuk perajurit yang berada di perbatasan dengan harapan supaya mereka ini tetap terus bersemangat dalam mempertahankan tanah air dari pihak penceroboh.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO


Tiada ungkapan lain selain dari ucapan terima kasih dari kami seluruh warga tanah air kepada semua yang terlibat dalam memperjuangkan kedaulatan negara daripada diperkotak katikkan oleh pihak musuh.