Selasa, 12 Mac 2013

PEGUAM PAKATAN SEDANG MENCARI ILHAM UNTUK BUAT DUIT

Ramai dikalangan para peguam yang menjadi ahli kepada pakatan pembangkang, bukan apa, Sangkakala lihat dengan menjadi ahli pembangkang mereka ini mudah untuk menjana pendapatan.

Pihak pembangkang selalu mengemukakan saman kepada individu individu yang dianggap sebagai virus yang merbahaya kepada mereka dan sudah pastilah untuk memfailkan saman, seorang peguam diperlukan.

Jadi disini kita akan melihat dimana peguam peguam mereka ini akan mendapat hasil yang agak lumayan daripada saman atau tindakan undang undang yang mereka kenakan keatas orang yang mereka kehendaki.

Tetapi kini sudah terbalik pula situasinya, namun pendapatan peguam didalam pakatan pembangkang tidak akan susut malah bertambah dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan undang undang akan diambil kepada mereka mereka yang mengaitkan isu di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO atau Barisan Nasional.

Dan dengan itu juga, para peguam pakatan pembangkang sudah mula mencongak berapa bayaran yang perlu dikenakan keatas individu individu ini bagi membolehkan mereka ini di pertahankan di dalam mahkamah.

Untuk menjadi pertahanan kepada orang yang dikenakan tindakan ini juga bukan mudah dan apa yang penting sejumlah wang perlu dilaburkan bagi memastikan kes tersebut mendapat pembelaan.

Beberapa orang peguam sudah pasti sedang melakukan pengiraan sekarang ini untuk dilampirkan semasa membuat tuntutan nanti dan ianya mestilah berbaloi dengan jawatan yang mereka sandang dan siapa pula yang memulakan saman.

Beberapa orang peguam yang selama ini lantang bersuara menyuarakan itu dan ini, sekarang diam menyepi dan mungkin mereka sedang melakukan apa yang Sangkakala katakan tadi iaitu membuat kiraan dengan sempua yang berterabur diatas meja.

Mungkin juga sudah ada yang mengira ngira pendapatan dan meneliti aset aset yang bakal dimiliki dengan hasil pendapatan mereka nanti.

Itulah kerja dan sebab kenapa pembangkang ramai disertai oleh mereka yang berada didalam profesion sebagai seorang peguam dan mereka ini juga sebenarnya mencari nama untuk diniagakan kerana dengan nama tersebut, urusniaga antara mereka dengan orang ramai akan lebih mudah, walaupun mereka akan berpolitik sepanjang masa dan tidak mungkin akan berkesempatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat sekiranya mereka ini terpilih sebagai ADUN atau Ahli Parlimen.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: