Petang tadi lori kempen PAS telah sampai ke kawasan Ipoh, dan kehadiran seperti biasa, hambar.
Itu tandanya PAS tidak lagi diterima oleh rakyat Perak, kalau dua hari lepas lori trailer tersebut parking di Parit Buntar dan tidak dikerumuni oleh orang Sangkakala tak berapa hairan sebab mungkin penduduknya yang kurang.
Tapi apabila ianya berada di Ipoh namun masih dalam keadaan yang sama, mesti ada sesuatu yang tidak kena dan sudah pastilah ianya berpunca daripada ketidakperluan rakyat untuk mendengar segala pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka di atas lori tersebut.
Sangkakala amat percaya, bahawa rakyat negeri Perak sudah mula muak dengan kata kata kosong PAS selama ini dan janji mereka pada awalannya dahulu adalah untuk menegakkan Syiar Islam dan kini setelah PAS bersama dengan pakatan pembangkang yang lain, ianya telah ditukarkan kepada negara berkebajikan, Islam entah kemana, apa entah kemana, yang ada kini ialah menunggu masa untuk disembelih oleh PKR dan DAP.
Bukan sahaja di negeri Perak, Sangkakala dengar kemana sahaja lori ini digerakkan sudah pasti sambutannya hambar dan seolah olah kehadiran lori tersebut seperti lori yang membawa ayam di tepi jalan.
PAS jangan terasa pulak bila Sangkakala kata begitu, tetapi itulah hakikatnya, dengan mengatakan bahawa setiap kali ceramah mereka di kerumuni oleh orang ramai mereka (PAS) rupanya membawa orang dari luar kawasan untuk bersama sama mereka dalam ceramah tersebut dan kerana itulah setiap ceramah dipenuhi dengan manusia, namun apabila lori ini datang, sambuatnya hampeh.
Jadi Sangkakala nasihatkan kepada PAS baik lori tersebut disewakan untuk dijadikan lori kargo membawa barang kerana setiap kali bergerak, minyak yang ditelan oleh enjin lori ini bukan sedikit dan itu semuanya adalah hasil dari kutipan tong milo yang bergerak dalam setiap ceramah mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan