Setelah beberapa ratus laporan polis dibuat keatas Naib Presiden PKR, Tian Chua akhirnya didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut.
Ini adalah balasan terbaik untuk Tian Chua yang dianggap kurang ajar selama ini oleh rakyat Malaysia.
Dengan mengeluarkan kenyataan menghina anggota keselamatan, pendakwaan ini boleh dikatakan berbaloi walau pun mahkamah belum menetapkan lagi hukuman terhadap beliau.
Sangkakala amat pasti bahawa segala kenyataan beliau sebelum ini akan diambil kira oleh mahkamah dalam menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak, apa yang pasti ialah, hari ini dimahkamah jalan Duta, Tian Chua akan dihadapkan.
Perkara ini juga telah disahkan oleh timbalan ketua penerangan PKR yang meminta orang ramai supaya hadir ke mahkamah esok bagi menyokong Tian Chua.
Perlukah orang yang kurang ajar begini disokong lagi? Rasanya sudah cukup kita melihat Tian Chua melontarkan kata kata menghina dari mulut beliau yang celupar.
Orang yang acap kali menghina sebagainya kepada anggota keselamatan tidak kira hidup atau mati serta anggota yang masih berada di medan perjuangan patut di tolak secara total dan ini adalah untuk memberi pengajaran kepada beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan