Sabtu, 9 Mac 2013

ZULKIFLI NORDIN MAKI TUN MAHATHIR

Pernah satu ketika dulu, Zulkifli Nordin memaki mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad semasa beliau (Zulkifli) bersama sama dengan Anwar Ibrahim satu masa dulu.

Tapi hari ini beliau membuat kejutan dihadapan kira kira 15'000 orang dengan memohon maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir disaksikan oleh Tun Siti Hasmah dan beberapa orang pemimpin PERKASA termasuk ketua perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustafa Mohamad.

Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr. Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.

Jelas apa yang pernah diperkatakan oleh pembangkang terhadap Mantan Perdana Menteri itu tidak benar dan ianya adalah fitnah semata mata.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Zulkifli berkata, apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa