Sabtu, 9 Mac 2013

KEMELUT PAKATAN PEMBANGKANG KIAN MERUNCING

Kemelut yang melanda dalam pengagihan kerusi pakatan pembangkang dilihat kian bertambah runcing.

Ini dapat kita saksikan apabila ketua pembangkang sendiri sudah bersuara meminta supaya ahli pakatan tidak mengugut dalam agihan kerusi yang akan dipertandingkan.

Kalau dulu Anwar selalu mengatakan bahawa kes perebutan kerusi ini hanya terjadi dalam Barisan Nasional, kini ianya sudah dilihat sebenarnya pakatan pembangkang yang lebih hebat dalam percaturan agihan kerusi sesama mereka.

Semua rakyat Malaysia dapat melihat atau hanya mendengar tentang perebutan kerusi di kawasan parlimen Gelang Patah Johor diantara bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng pengerusi PKR Johor dengan Boo Cheng Hau pengerusi DAP negeri itu.

Mungkin Anwar kini sudah gelisah dengan kemelut yang melanda pakatan pembangkang ditambah dengan beberapa isu yang melanda kepimpinan ketiga tiga parti sekutu itu.

Dengan kenyataan Anwar tersebut, kita juga dapat merasakan bahawa satu perkara akan terjadi dan ini akan menggelapkan masa depan parti tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: