Selasa, 12 Mac 2013

BAPA SAIFUL BIJAK BERLAKON

Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan memang bijak berlakon, dan sudah pastinya ia adalah hasil daripada pengarahan Anwar Ibrahim yang yang daripada dulu menjadi pelakon terbaik.

Antara lakonan yang pernah di lakukan oleh ialah keracunan arsenik di penjara, suntikan HIV juga di tempat sama, kecederaan di leher akibat himpunan Bersih yang kononnya dilakukan oleh pihak berkuasa dan beberapa lakonan lagi, termasuklah lakonan bersama Chinadoll.

Kini bapa Saiful Bukhari pula mengambil tempat beliau dengan menjadikan kisah anak beliau sebagai lakonan dan sendaan.

Azlan, bapa kepada Saiful Bukhari dikatakan menyerahkan borang menyertai PKR hari ini, tapi bila pulak dia keluar parti tersebut?

Selama Saiful berkhidmat bersama Anwar ibrahim hinggalah beliau membuat laporan polis, Azlan dikatakan sememangnya ahli PKR dan sebab itu jugalah Saiful berkerja dengan Anwar.

Tapi selepas Saiful melaporkan salah laku Anwar ibrahim dengan cara meliwat beliau, Azlan tidak pernah mengatakan atau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau keluar dari PKR.

Tiba tiba sekarang beliau menyertai PKR? Pelik juga ni, boleh sertai pasrti sebanyak dua kali tanpa perlu keluar parti terlebih dahulu dan kini Azlan boleh membuat pemilihan menggunakan dua nombor ahli parti tersebut.

Memalukan apabila sikap beliau sendiri, dan kenapa beliau bertindak mengatakan kes liwat yang menghantui Saiful kini adalah konspirasi UMNO didedahkan oleh Saiful sendiri.

Hari ini semasa menyerahkan borang keahlian kononnya, beliau telah ditanya oleh para wartawan sama ada beliau akan melakukan sumpah laknat atau tidak, dengan pantas setiausaha agung PKR memintas soalan tersebut dengan menghentikan sidang akhbar.

Ini yang nak dikatakan kebenaran? Soalan tidak dijawab dan telah ada laman blog pembangkang yang mengatakan bahawa wartawan yang dihantar oleh UMNO atau Barisan Nasional itu walaupun tiada bukti adalah wartawan kangkung.

Nampak sangat kebodohan penulis artikel tersebut, soalan yang diajukan adalah kerana sebelum ini, beliau (Azlan) pernah membawa Saiful untuk bersumpah laknat dan beliau sendiri duduk bersila bersebelahan anak beliau semasa sumpah tersebut dibaca.

Dan beliau sendiri pada ketika itu mengatakan bahawa beliau akan berjuang habis habisan demi untuk mendapatkan keadilan buat Saiful.

Satu lagi perkara yang menghairankan Sangkakala, semasa beliau mengucapkan kenyataan akan memperjuangkan keadilan Saiful, tidak pula di tangan beliau terdapat walau secebis kertas, tapi semasa beliau memberi kenyataan bahawa semua itu konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar ibrahim, terdapat sehelai kertas di tangan beliau untuk dibaca.

Siapa yang buat kenyataan tersebut, jika benar ianya adalah konspirasi, rasanya tidak perlu kertas atau apa juga bentuk penulisan sepertimana yang dilakukan oleh beliau semasa disoal oleh wartawan selepas Saiful mengangkat sumpah.

Adakah pihak pembangkang menulis skrip tersebut agar bapa Saiful tidak tersasul dengan mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau sekarang ini adalah konspirasi pembangkang dalam usaha untuk memenangkan mereka dalam pilihanraya?

Saiful dalam kenyataannya kira kira 3 jam selepas bapa beliau mengatakan bahawa ini semua konspirasi UMNO mengatakan bahawa Azlan dibelenggu dengan masalah kewangan dan ini dukuatkan lagi dengan satu artikel pada tahun 2010 oleh Chegu Bard yang mengatakan bahawa Azlan adalah kaki judi dan pernah mencuba untuk melacurkan isteri beliau sendiri bagi menyelesaikan masalah hutang beliau.

Nampaknya Saiful benar benar berjuang untuk mendapatkan keadilan bagi diri beliau dan kini bapa beliau sendiri sudah berpaling tadah, dan apa yang membuatkan seluruh rakyat terkejut ialah, Saiful sendiri memberikan amaran kepada Anwar agar tidak membeli keluarga beliau dengan wang ringgit dan berhentilah daripada meliwat anak anak muda.

Itu sudah membuktikan bahawa Azlan kemungkinan besar telah disogokkan dengan wang ringgit hingga membuatkan beliau buta hati dan perasaan.

Satu lagi kenyataan Saiful ialah, bapa beliau (Azlan) pernah mengeluarkan kenyataan seakan akan mengugut akan menghancurkan beliau (Saiful) dan UMNO, ini juga mungkin kerana bapa Saiful menuntut sesuatu dan beliau gagal untuk mendapatkannya.

Keadilan untuk Saiful tetap akan dilakukan dan insyaallah ianya akan tercapai kerana anak muda ini cukup berani menentang seorang lelaki yang hebat dalam hujah putar belitnya iaitu Anwar bin Ibrahim.

Bukan itu sahaja, ada juga laman blog pembangkang yang mempertikaikan dahi Saiful yang terdapat dua titik tanda hitam dengan keimanan beliau terhadap Allah SWT dengan membandingkan perkara tersebut dengan Imam Besar Masjidil Haram yang dikatakan tidak mempunyai tanda hitam tersebut walaupun bersolat setiap waktu.

Kita lihat mentaliti pembangkang, hinggakan perkara sebegitu dijadikan isui untuk memburuk burukkan seseorang, dan mereka ini langsung tidak bersimpati atas apa yang terjadi keatas Saiful.

Semoga Tuhan memelihara beliau (Saiful) dan memberikan kekuatan serta semangat yang kuat untuk terus mendapatkan keadilan buat diri beliau.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: