Ahad, 10 Mac 2013

GILIRAN LIM KIT SIANG TERJANGKIT DENGAN PENYAKIT NYANYUK

Sangkakala ingat hanya Nik Aziz sahaja yang terkena penyakit nyanyuk, rupanya Lim Kit Siang pun sama terjangkit juga.

Kit Siang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat daripada rakyat.

Ini kata beliau kerana tarikh pembubaran parlimen berakhir pada 8hb March iaitu kelmarin.

Nampak sangat dah tuan Lim Kit Siang ni, yelah dia dengan Nik Aziz bukan jauh mana perbezaan umurnya, jadi tak mustahil kedua dua mereka terkena penyakit tersebut.

Beliau juga berkata bahawa setiap Perdana Menteri perlu membubarkan parlimen apabila mengambil alih jawatan tersebut daripada Perdana Menteri terdahulu.

Betul ke statement Lim Kit Siang ni atau ianya hanyalah ucapan boboh dari seorang ahli parlimen?

Peresidan atau pengerusi Barisan Nasional adalah secara automatiknya menjadi Perdana Menteri dan ini bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh perlembagaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: