Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Lumut hari ini mengetuai beberapa NGO di kawasan Lumut membuat laporan polis di balai polis Seri Manjung berkenaan dengan kenyataan Tian Chua.
Kenyataan Naib Presiden PKR itu telah mendapat kecaman hebat dari semua lapisan masyarakat dan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan yang menganggap kenyataan beliau itu tidak mengira sensitiviti masyarakat berbilang kaum serta tidak mengohormati keluarga para pejuang di Lahad Datu.
Tian Chua juga mengatakan bahawa isu Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan kematian para pejuang tersebut juga satu pembohongan dan ianya adalah wayang UMNO semata mata.
Lagi berita di http://bit.ly/XZFSO2
Oleh yang demikian, beberapa pertubuhan di Malaysia membuat laporan polis berhubung dengan isu tersebut kerana kebiadapan Tian Chua tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan