Selasa, 12 Mac 2013

MENTERI PERTAHANAN MENGAMUK

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mencabar mana mana pihak yang memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia serta Pasukan Polis DiRaja Malaysia untuk turun bersama sama dalam ops daulat di Sabah.

Mungkin tahap kesabaran beliau sudah sampai ke kemuncak apabila beberapa pihak memperlekehkan tindakan kedua dua pasukan keselamatan tersebut.

Sejak akhir akhir ini terlalu ramai yang mengkritik serta menghina anggota keselamatan dengan pelbagai perkataan yang kurang enak didengar.

Walaupun begitu, pasukan keselamatan kita yang berada di lapangan masih mempunyai semangat dan jatidiri yang tinggi dalam mempertahankan tanah air.

Zahid juga meminta sesiapa yang menghina pasukan keselamatan ini supaya mendaftarkan diri untuk berhadapan dengan pengikut kesultanan Sulu yang lengkap bersenjata.