Rabu, 6 Mac 2013

SAH PAS JADI KUDA TUNGGANGAN DAP

Sayang sekali bila kita lihat bendera PAS dibawah bendera DAP seperti yang terjadi UPU kawasan Asaham Melaka ni.

Keadaan itu jelas sudah menunjukkan bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

Kerana nak membodek DAP, mereka sanggup meletakkan bendera parti sendiri di bawah bendera parti tersebut.

Ini jugalah yang akan terjadi sekiranya mereka diangkat menjadi kerajaan, sudah pasti DAP akan berada diatas dan PAS tetap berada dibawah, dan sekiranya PAS mahu menyuarakan sesuatu, sudah pastilah ianya akan tertutup dengan mengatakan bahawa undi atau kerusi PAS hanya minoriti dan tidak seperti DAP yang memegang kerusi yang lebih banyak.

Keadaan ini tidak seharusnya kita biarkan kerana ianya akan menyusahkan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Seperti mana berlaku sekarang, apa juga yang diucapkan oleh DAP hanya diangguk oleh PAS yang sudah menjadi pak turut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: