Mahkamah telah menetapkan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dalam kes salah laku seks luar tabii beliau kenapa UMNO atau Barisan Nasional pula yang nak disalahkan?
Selama ni berapa banyak peluang yang diperolehi oleh Anwar untuk mempertahankan diri dalam mahkamah dan mahkamah juga telah meminta Anwar untuk membawa saksi beliau sendiri untuk sesi bela diri tapi Anwar gagal untuk membawa saksi saksi tersebut.
Nampaknya Sam Ketot masih tak dapaf terima bahawa mahkamah yang menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah dan bukti yang dikeluarkan oleh pihak pendakwaan dan yang gagal untuk memberikan hujah lawan adalah peguam peguam Anwar sendiri.
Berbalik dengan kata kata UMNO dan Barisan Nasional akan kalah awal oleh Sam Ketot, ini adalah kata kata angkuh sebenarnya dan kata kata yang cuba untuk mengugut UMNO dan Barisan Nasional.
Rakyat juga sebenarnya sudah jemu dengan perangai mereka mereka yang terlalu fanatik dengan Anwar Ibrahim yang selalu terlibat dengan kes salah laku sebegini.
Dan Sangkakala berani mengatakan bahawa kini sudah mula gerakan yang tidak menyokong lahi kehendak Anwar seperti yang berlaku dalam kongres AMK dimana semasa ucapan Nik Nazmi, 16 orang AJK Angkatan Muda Keadilan Malaysia berserta dengan Naib Ketua bertindak keluar meninggalkan dewan bersama dengan ahli ahli yang lain dan ini jelas menunjukkan bahawa Nik Nazmi yang dikatakan telah dicatur kemenangannya oleh Anwar ditolak oleh perwakilan AMK itu sendiri.
Sangkakala nak nasihatkan kepada Sam Ketot supaya jangan menunding jari pada pihak lain, cuba muhasabah diri dan kaji balik kronologi tentang apa yang beliau ucapkan.
Seperti satu masa dulu, Chegu Bard begitu beriya iya mempertahankan Anwar kino sudah mula menyerang PKR sendiri kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran parti dan itu juga sebagai salah satu contoh.
2 ulasan:
Otak dungu..ingat majoriti Penyokong BN kemetot macam dia kah! Jgn di tepuk minyak yg panas pasti tangan akan melecur, itu belum terpercik lagi. .pemilihan parti pun masih macam pasar borong..gila kah
Siapa yg menentang orang PKR dikira bersubahat dengan BN ,Dalam otak dah tak ingat ,Semua salah BN , Itu dah nak hampir gila lah tu
Catat Ulasan