Ahad, 27 Julai 2014

PENGHINAAN PALING BESAR ANWAR IBRAHIM

Dalam sejarah politik, kali ni Anwar mendapat penghinaan terbesar nampak gayanya.

Baru baru ni Anwar telah menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.


Namun perkara yang tidak diduga telah berlaku dimana pada mulanya mesyuarat majlis presiden pakatan dikatakan yelah bersetuju dengan apa yang dihajati oleh Anwar tapi setelah beberapa hari penamaan tersebut, terdengar pula suara Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk menggantikan Khalid memandangkan komitmen beliau menjadi pentadbir negeri.

Semalam pula, satu lagi suara pemimpin tertinggi PAS telah kedengaran dimana, Nik Aziz pula mengatakan perkara sama selari dengan apa yang dikatakan oleh Hadi.

Tapi kenapa PAS kali ni nampaknya menongkah arus dalam keputusan Anwar unyuk menggantikan Khalid Ibrahim? Tidak seperti biasa PAS hanya akan mengikut telunjuk Anwar bagi menentukan keputusan?

Mungkin kepimpinan PAS telah mula merasakan bahawa Anwar sememangnya mementingkan diri sendiri demi kesinambungan politik kekeluargaan yang dibuat oleh beliau.

Langkah Kajang yang dilakukan sebelum ini telah berjaya menipu PAS yang menyangkakan Anwar memang berusaha untuk mendapat tempat bagi menggantikan kerajaan pusat daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Pembangkang.

Tapi jelas bahawa langkah Kajang sebenarnya adalah untuk menggantikan Khalid memandangkan negeri Selangor adalah negeri yang kaya dari sumber ekonomi dan kekayaan ini sebenarnya yang di cita citakan oleh Anwar untuk di faraid bersama keluarga beliau.

Selama ini juga Anwar membohongi PAS dengan mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional merupakan sebuah parti yang dipenuhi dengan kronilisma dimana dalam kerajaan Barisan Nasional hanya orang orang berkepentingan sahaja boleh menduduki atau memperolehi sesuatu.

Tapi jelas kali ini Anwar telah menunjukkan bahawa Anwar sebenarnya yang mencetuskan kronilisma dalam Barisan Nasional semasa beliau berada dalam kepimpinan kerajaan satu masa dulu dan kini sifat tersebut telah dibongkar sendiri oleh beliau.

PAS mungkin selama ini digula gulakan dengan janji janji kosong dimana akhirnya PAS akan dijadikan lembu untuk dicucuk hidungnya dan ditarik kemana mana sahaja.

Berbalik kepada kenyataan daripada Nik Aziz dan Hadi Awang, Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS mengatakan bahawa kenyataan Hadi bukanlah merupakan pendirian PAS dan itu adalah pendapat peribadi beliau dan adalah tidak mustahil kenyataan Nik Aziz juga akan dikatakan sebegitu.

Yang menjadi persoalannya ialah, mana mungkin seorang Naib Presiden boleh mengatakan sebegitu kerana Hadi adalah pemimpin tertinggi PAS dan kenyataan Hari juga dibuat setelah beliau bertanya kepada ADUN serta EXCO PAS dalam kerajaan Selangor.

Kalau kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin bawahan, mungkin Presiden sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS boleh mengeluarkan kenyataan bahawa itu bukan pendirian parti tapi kali ini dah jadi terbalik, Naib Presiden pula mengatakan kenyataan Presiden bukan pendirian parti.

Ekoran dari kenyataan Hadi yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor maka pelbagai tohmahan dilihat sudah mula tersebar keatas Hadi Awang dan ini telah mendapat respon daripada YB Iskandar yang merupakan EXCO PAS di Selangor.


Mungkin kekuatan Anwarisma telah mula menular didalam PAS hingga membuatkan presiden PAS telah diperlakukan seperti mana yanh dikatakan oleh Iskandar Samad yang merupakan salah seorang yang dikatakan menyokong Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Kalau keadaan ini berterusan, Sangkakala nampak PAS akan bertelingkah sesama sendiri hanya semata mata kerana Anwar Ibrahim yang rakus untuk mengejar kekayaan dengan cara menyamun harta di Selangor.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jijah OMEGA ke dalam gambar tu???

Ingat kan ah soh sesat mana tadi!

Bayangkan, betina sebodoh macam ni si laki tu nak jadikan MB? Ingat kebajikan rakyat Selangor boleh dibuat main2 semata mata untuk keluarga sial ni ke??

Samy Bulu berkata...

Ini semua gila pnya la.. Sekarang orang sudah banyak jadi gila...! Itu lah saya punya komen...

Tanpa Nama berkata...

Kebajikan di bawah PR lebih menyerlah kalau di bandingkan masa UMNO dulu bab UMNO terpaksa bela ramai kroni2 di Selangor. Tak kisah siapa jadi MB di Selangor dikalangan PR.

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah lupa daratan. Dulu pada 50an mrk berjiwa rakyat sekarang berjiwa Bangsawan.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin suatu hari nanti saya akan mengundi lain daripada UMNO/BN TETAPI selagi anwar dan keluarga, kit siang dan keluarga dan khalid GEREJA,rafizi,mahfuz, teresa, tian chua, tony pua,surendran dan anak2 karpal dan ambiga memain peranan sebagai pemimpin tertinggi untuk PR, undi saya tetap kepada UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Gaduh.. APA pun yang untung diatas