Sangkakala ada menulis tentang isteri kepada artis terkenal tanah air yang kononnya telah dipukul oleh artis tersebut hingga gambar beliau di masukkan dan tersebar dengan meluas dalam laman facebook.
Baca DISINI..
Tak sangka pulak penulisan Sangkakala tentang kisah sebenar apa yang berlaku mendapat perhatian daripada artis berkenaan sehingga sanggup beranggapan bahawa Sangkakala seolah olah pernah tidur sebantal dengan Rozana yang masih menjadi isteri beliau.
Baca DISINI..
Kalau nak diikutkan daripada apa yang dinyatakan oleh Awie dalam portal berkenaan, Sangkakala ada berasa sedikit kecewa kerana Awie bertindak beranggapan seolah olah Sangkakala pernah tidur dengan isteri beliau sehingga berita tersebut Sangkakala perolehi.
Untuk makluman Awie, Sangkakala masih waras dan tidak melakukan perkara terkutuk seperti itu untuk mendapatkan maklumat dan cara Awie bercakap seolah olah beliau mengakui apa yang Sangkakala tuliskan adalah benar.
Sepatutnya jika perkara itu tidak benar maka sepatutnya Awie membela diri beliau dan bukannya beranggapan sepertimana yang beliau katakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan