Rabu, 30 Julai 2014

ADUN TAMAN MEDAN BIARKAN RAKYAT BERAYA DALAM KEADAAN BUSUK #sampah

ADUN Taman Medan dalam kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan nampaknya sanggup membiarkan rakyat di kawasannya menyambut hari raya dalam keadaan tidak selesa sedangkan dia boleh bergembira bersama keluarga.

Mana tidaknya, sampai rakyat beraya dalam keadaan berbau busuk akibat sampah yang tidak diangkut sejak sebelum hari raya lagi.


Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa ini adalah tugas kontraktor mengangkut sampah, tapi selaku Yang Berhormat di kawasan tersebut adalah amat mustahil jika beliau tidak mempunyai kakitangan untuk memantau keadaan sekitar kawasan DUN untuk memastikan keselesaan dan permasaalahan rakyat dapat diselesaikan.

Sebelum pilihanraya, pelbagai janji manis yang diberikan termasuk mengatakan bahawa setiap permasaalahan rakyat akan diselesaikan secepat, tapi sekarang apa yang berlaku? Dimana Yang Berhormat daripada PKR ni berada di saat rakyat dalam kegelisahan berdepan dengan bau busuk.

Janji janji pakatan selama ini tidak pernah ada yang benarnya, dan kalau ada sekali pun ianya bukanlah sepertimana yang dijanjikan kepada rakyat tetapi jika ianya untuk kroni mereka sudah pasti akan ditunaikan seberapa segera.



Tiada ulasan: