Jumaat, 25 Julai 2014

HARAM JADAH !!! ANAK YATIM PUN KORANG NAK TIPU

Bulan Ramadhan adalah hupan dimana umat Islam bukan hanya mencari keredhaan dan pahala berlebihan, mapah ianya juga merupakan bulan mulia dimana 8mat Islam digalakkan untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Memang tidak dinafikan bahawa bulan ini ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang berkemampuan akan memberikan hadiah atau memberikan makanan kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak anak yatim.

Tapu adalah amat malang apabila ada sesetengah pihak yang tidak tahu atau tidak mengenal tanggungjawab mereka sebagai manusia yang dituntut untuk bersedekah dan tidak menganiaya sesama makhluk dimuka bumi.

Hingga ada diantara manusia manusia sebegini sanggup untuk menipu anak anak yatim dan golongan miskin seperti dalam hati mereka sudah tidak ada erti kasihan atau perikamusiaan.


Sangkakala terbaca dalam akhbar online Hmetro.com yang melaporkan bahawa ada pihak yang telah menipu anak anak yatim kononnya mereka akan dibawa dalam satu jamuan berbuka puasa dan setelah mereka sampai ke tempat yang dinyatakan, tidak ada jamuan sepertimana yang dijanjikan oleh pihak tersebut.

Untuk makluman lanjut baca DISINI.....

Apa salah anak anak yatim ni pada mereka sampai ditipu macam tu sekali? Takkan takde perasaan belas kasihan terhadap mereka yang tidak lagi mempunyai sesiapa di muka bumi ini? Kenapa mereka dihina sedemikian rupa?

Bagi Sangkakala, orang sebegini lebih layak di gelar sebagai binatang dan bukannya sebagai manusia sebab jika dianya seorang manusia, sudah tentu perasaan kasihan akan berada dalam hati mereka.

Lagi satu, kalau keupayaan agak terbatas, janganlah berjanji untuk memberikan sesuatu yang tidak mampu untuk diberikan kepada mereka.



Tiada ulasan: