Isnin, 14 Julai 2014

TLDM TIADA KUASA MENEMBAK ??? MASIH LAGI DENGAN AMARAN ??

Pelik pula Sangkakala dengan prosedur yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sampai pasukan Tentera Laut DiRaja Malaysia tidak dibenarkan untuk menembak penceroboh.


Betul ke cerita ni? Atau ada yang cuba cuba nak mencemar nama baik TLDM semata mata?

Panglima TLDM sendiri mendesak kerajaan Malaysia supaya memberikan kuasa kepada mereka untuk menembak penceroboh.

Kalau dah Panglima TLDM sendiri minta dan desak, Sangkakala tak boleh juga nak kata perkara ni hanya mainan.

Tapi pelik, kenapa TLDM tidak diberikan kebenaran untuk menembak dan menurut sumber, TLDM hanya boleh melepaskan tembakan amaran supaya penceroboh ini berhenti.

Nak gelak pula Sangkalala bila dengar macam tu, orang salah ni mahu ke berhenti bila disuruh? Kalau setakat tembakan amaran tu rasanya tak payah nak sembang la, penyamun penyangak penceroboh ni gelak guling guling.

Mana tak gelak penceroboh ni, mereka tahu bahawa tembakan tersebut tidak disasarkan ke arah mereka dan ianya hanyalah satu amaran supaya berhenti.

Apa guna kita membekalkan TLDM dengan senjata senjata cangih dalam kapal mereka kalau ianya sekadar untuk hiasan?

Gunakan semua senjata berkenaan sebaik mungkin, kalau dah amaran berhenti tidak dihiraukan, Sangkakala rasa takde salahnya kalau kapal penceroboh berkenaan di tembak sebelum mereka sempat berbuat apa apa.

Sampai anggota polis gugur di Sabah kerana nak pertahankan negara, rupanya first defence di tengah laut hanya boleh tengok sambil main dam haji diatas kapal sebab tindakan tidak boleh diambil, apa yang boleh ialah tembakan amaran.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri Amaran Kat Mana2 Pon Memberi Amarannnn Ajer

Kasi Lah Peluang Anak Buah Nok Belajor Tembok Menembok...

Tengok Sapper Mati Dulu...Komando Pengganas ker Komando Kita???

Tanpa Nama berkata...

Kalu tembak kang..nnt yg kena tembak tu semua..ketua bahagian umno,pemuda umno sabah.psl semua dh diberi ic unt undi umno..

Tanpa Nama berkata...

Setuju sesangat. Dimana ada H20 disitu ada amaran. Zaz!!!!