Tertarik pulak Sangkakala bila membaca berita dalam portal SinarHarian yang mengatakan bahawa peminta sedekah dan pemberi sedekah akan dikenakan tindakan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mana beliau mengatakan bahawa kegiatan meminta sedekah mencemarkan imej negara.
Bagi Sangkalala memang kegiatan itu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia dengan apa yang disebut sebagai negara yang penuh dengan kemewahan.
Tapi kita juga perlu ingat, kalau undang undang ini hendak dikuatkuasakan, maka kaedah untuk mengekang kegiatan ini perlu diambil kira dan bukannya dengan hanya mengambil tindakan.
Bukan niat Sangkakala hendak menentang niat baik kerajaan untuk membersihkan imej negara akibat dari kegiatan meminta sedekah, tapu dari satu sudut, memberi sedekah juga adalah salah satu amalan dan tidak salah sekiranya kita berkongsi apa yang ada dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Kalau hendak mengekang kegiatan memveri sedekah, maka peminta sedekah ini perlu diberikan sesuatu agar mer3ka tidak lagi menjalankan kegiatan yang dikatakan merosakkan imej negara dengan kegiatan mereka.
Seperti yang Sangkakala selalu lihat apabila berjalan jalan contohnya di pasar malam jalan Tengku Abd Rahman, ramai peminta sedekah terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan kekal dan sudah kemungkinan besar mereka hidup tersepit.
Jadi kepada pihak Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, sebelum hendak melaksanakan hukuman atau undang undang tersebut, fikirkan lah dahulu jalan penyelesaiannya dan mungkin dengan menempatkan pengemis ini di satu tempat khas dan diberi layanan secukupnya maka mereka tidak akan menjalankan kegiatan meminta sedekah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan