Isnin, 7 Julai 2014

PUSAT LUMBA KUDA !!! SEJAUH MANA HEBAT PAS SELANGOR ??

Pesuruhjaya PAS Selangor mengatakan bahawa parti itu akan menentang pembinaan sebuah pusat perjudian lumba kuda yang terbesar di Asia bertempat di Hulu Selangor.


Perkara ini telah dinyatakan oleh YB Iskandar dalam protal Agendadaily yang mana beliau mengatakan bahawa kelulusan pusat lumba kuda tersebut akan membuatkan pakatan di Selangor berpecah.

Sangkakala nak persoalkan disini, sejauh mana suara PAS mampu menggoncang kekuatan DAP dan PKR di Selangor? Sedangkan beberapa isu di negeri itu tidak mampu di tepis dan dinafikan oleh PAS, ada hati nak menentang pembinaan pusat judi lumba kuda ni?

Agaknya PAS masih mengharapkan keajaiban berlaku dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan sepertimana yang kita selalu dengar, jika bertukarnya Menteri Besar maka PAS akan meletakkan seorang Menteri Besar dari kalangan ADUN PAS.

Sangkakala yakin jika kerajaan Selangor mengatakan bahawa pembinaan tersebut akan diteruskan maka jawapan paling mudah PAS akan keluarkan ialah, pusat tersebut adalah untuk orang bukan Islam, dan pada masa itu akan dapat kita lihat penyokong kuat PAS yang berada di Hulu Selangor akan mengiyakan pula perkara tersebut walaupun selama ini mereka menentang keras.

Ini biasa dilakukan oleh PAS dan para pengikut mereka yang akan memutarbelitkan cerita dan pada akhirnya nanti mereka akan menyalahkan kerajaan pusat dalam isu negeri Selangor.


Tiada ulasan: