Ahad, 13 Julai 2014

200 GELANDANGAN SEKITAR KUALA LUMPUR DISERBU

Malam tadi saru operasi telah dilakukan oleh pergerakan pemuda UMNO Malaysia bersama sama beberapa badan bukan kerajaan seperti SAM1M, PVTM, MJMM, YAYASAN PERTANIAN 1MALAYSIA, SELAWAT PERDANA dan beberapa NGO bagi memberi makanan serta minuman kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Operasi bermula dari jalan Tengku Abdul Rahman sehingga ke belakang supermarket Kota Raya berhampiran dengan hentian Puduraya dan seramai hampir 200 gelandangan telah diberikan bantuan berupa makanan serta minuman.


Seramai lebih kurang 70 orang yang mengikuti kerja kerja amal ini yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Azwan Bro diikuti oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia, saudara Arman Azha serta saudara Ibdillah Ishak.

Sasaran diberikan kepada mereka mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mereka mereka yang daif tidak mengira latar belakang bangsa mahupun agama.

Keprihatinan ini sebenarnya amat perlu dan ianya juga amat dituntut olwh agama Islam memandangkan mereka mereka ini juga sebenarnya perlukan pembelaan.

Bayangkan sampai ada yang dikesan todur di belakang tong sampah dalam keadaan yang amat daif dan serba serbi kekurangan.



Tahniah Sangkakala ucapkan kepada mereka mereka yang prihatin dan esok insyaAllah Sangkakala akan memuat naik video program dan apa kata Armand tentang program yang dijalankan malam tadi.

Lagi banyak gambar gambar boleh dilihat DISINI.



1 ulasan:

Sir Awie Kepala Bana berkata...

Sandiwara je tu..! Lembu2 UMNU ternganga melopong kena temberang! Kah kah kah..