Isnin, 21 Julai 2014

@zahid_hamidi MELAYU KENA HEMPUK DENGAN CINA !! APA TINDAKAN @PDRMsia ???

Hari ni Wanita Stering Lock akan didakwa di mahkamah kononnya menggunakan kekerasan di jalan raya atau lebih mudah jika disebut sebagai road buli.

Betul le macam tu? Atau pihak polis hanya mengambil jalan tengah dengan melihat perkara remeh yang tidak diketahui bagaimana mula punca ceritanya?

Kalau nak diikutkan daripada apa yang kita semua ketahui, video yang dikeluarkan di laman sosial youtube itu hanyalah separuh daripada kejadian sebenar dan pada peringkat awal bagaimana ianya boleh berlaku tidak dipedulikan.

Apakah itu satu keadilan buat wanita bernama Kiki Kamarudin yang heboh diperkatakan? Dan bagaimana pula dengan video dalam gambar dibawah..apa pula tindakan pihak polis dan Peguam Negara??


Nasib le Kiki, Ketua Polis Negara ni Melayu dan Peguam Negara juga adalah Melayu, tapi nampaknya kedua dua mereka ni hanya berani ambil tindakan pada orang Melayu dan apabila yang kena pukul macam video dalam gambar diatas, maka menikuslah mereka mereka yang memegang jawatan yang kononnya mendaulatkan undang undang.

Tak tau bagaimana undang undang dalam negara ni di daulatkan sedangkan dalam rukun negara ada tersebut kedaulatan undang undang namun nampaknya ia hanya menjadi sebutan ketika perhimpunan menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Itu baru satu video yang boleh dijadikan bukti, belum lagi bagaimana mereka ini memaki hamun anggota polis, belum lagi yang mencetuskan huru hara dalam himpunan haram, belum lagi yang melakukan beberapa kesalahan lain yang dianggap keras dan drastik.

Kalau nak dihimpunkan semua video sebagai bukti bagai mana kaum cina (bukan semua) yang bertindak kurang ajar rasanya mau penuh bilik Ketua Polis dan Peguam Negara ni.

Bukanlah niat Sangkakala memperlekehkan tindakan Ketua Polis dan Peguam Negara, tapi nampak sangat kedua duanya seolah olah memilih bulu dan tiada ketakutan dalam melaksanakan siasatan atau hukuman dan yang lebih menyedihkan lagi, kedua dua mereka Sangkakala lihat tidak mempunyai kekuatan dalam menjalankan amanah yang diberi.


3 ulasan:

arzan berkata...

Nak tembak pemimpin tu ok..tapi kena la betul..apatah lagi tu pemimpin dari Perak.. apa kena mengena KDN dengan AG? Org tulis blog ko pun nak tulis blog..tapi tak tau beza KDN dgn AG.. KDN dibawahnya ada PDRM..hanya menjalankan siasatan kemudian baru di bawa ke AG.. polis dah siasat dan ambil tindakan..kalau AG tak mau ambil tindakan kena salahkan KDN jugak ka? Yang betulnya kena salahkan Najib yang lembik sebab tak berani arahkan AG ambil tindakan bukan halakan kepada KDN..

Tanpa Nama berkata...

Mmg patot pun kene trajang...
Sperti ckp cine 2..
"Ade keje baik,pegi buat jenayah plak"
Wat malo kaum&agama....

Panglima Perang Cyber berkata...

Bro siasatan sudah dibuat oleh pihak polis. Saya ada membacanya. FB saya ada gambar. Terima kasih atas keberanian memberi teguran.