Rabu, 16 Julai 2014

TITAH SULTAN SELANGOR BUKAN HANYA UNTUK KHALID SAMAD


Malam tadi rakyat Malaysia dikejutkan dengan titah ucapan Tuanku Sultan Selangor yang mengatakan bahawa ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad biadap apabila mengesyorkan supaya kuasa MAIS dikaji semula berikutan Majlis tersebut berada di bawah kuasa Paduka Seri Sultan Selangor.

Tuanku Sultan juga mengatakan bahawa Khalid Samad yang bukan anak jati Selangor telah berpeluang untuk menjadi Ahli Parlimen di Selangor perlu mengambil peluang untuk mempelajari sejarah negeri tersebut.

Mungkin ada yang memandang bahawa titah Tuanku Sultan ini hanya untuk Khalid, tapi bagi Sangkakala pula, ianya juga ada kemungkinan bersangkut paut dengan ura ura untuk menggantikan Menteri Besar Selangor yang ada sekarang dengan orang lain.

Orang yang disebut sebut untuk menggantikan Khalid Ibrahim tak lain dan tak bukan ialah Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR dan ada juga yang menyebut bahawa Wan Azizah bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Umum mengetahui bahawa Azmin serta Wan Azizah juga bukan anak jati Selangor dan untuk menjadi Menteri Besar Selangor,  kedua dua mereka ini perlulah mempelajari dahulu selok belok tentang tatasusila Selangor dan bukan hanya sekadar bercerita tentang parti apatah lagi bercita cita untuk mengaut keuntungan negeri Selangor.

Dengan memberikan amaran kepada Khalid Samad, dua orang pemimpin tertinggi dalam PKR ini perlu juga berfikir semula untuk menjengah kerusi Menteri Besar yang kini disandang oleh Khalid Ibrahim yang merupakan anak jati Selangor.

Kalau kita imbas kembali peristiwa dalam majlis angkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor itu bersumpah dengan memegang tombak "Sang Buana" lambang menjunjung kuasa Paduka Seri Sultan Selangor.


Jadi disini Sangkakala melihat bahawa Wan Azizah serta Azmin Ali jangan sesekali cuba cuba untuk mengintai atau berhajat untuk menjadi Menteri Besar kerana kedua dua mereka bukanlah anak jati Selangor dan kedua duanya sekali tidak layak untuk duduk di kerusi tersebut walau apa pun yang berlaku.

Mungkin juga nanti akan ada undi tidak percaya keatas YAB Menteri Besar yang mana ianya boleh menggugurkan jawatan beliau tapi kuasa yang ada pada Sultan Selangor tidak sesekali boleh di pertikai serta dipersoalkan.

Nampak gayanya juga, langkah Kajang yang diilhamkan oleh Rafizi Ramli kini sudah memakan diri dengan titah ucapan Tuanku pada majlis perasmian Masjid Pekan Sepang petang semalam.


1 ulasan:

Sivaji The Boss. berkata...

Anak tukang kebun berbinikan anak mamak pun boleh jadi raja. Daulat apa barang? Ni sumer poyo..! Huhuuu..