Khamis, 17 Julai 2014

KHALID SAMAD PUSING 360.DARJAH BILA DENGAR TUANKU MURKA

Nampak gayanya selepas mendengar titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Selangor kelmarin, Khalid Samad dah tukar kenyataan dengan mengatakan bahawa penghapusan kuasa MAIS adalah untuk menjaga nama baik Tuanku.


Cepat betul Khalid tukar kenyataan, kalau nak diikutkan masa Khalid bersama sama dengan 3 orang ahli parlimen PAS mengeluarkan kenyataan tersebut, dia mengatakan bahawa kuasa MAIS perlu di mansuhkan ekoran daripada rampasan Bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah.

Tapi bila dah nampak kemurkaan Sultan kelmarin maka dengan sepantas kilat Khalid mengubah kenyataan kononnya beliau meminta supaya kuasa MAIS dihapuskan demi untuk menjaga nama baik Tuanku.

Baca DISINI....

Apa kena mengena dengan nama baik Tuanku sedangkan semua tahu bahawa MAIS menjalankan tugas mengikut perlembagaan negara yang mengatakan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan tetapi boleh diamalkan kecuali agama Islam yang boleh disebar serta diamalkan.

Tindakan MAIS sebenarnya telah menyelamatkan nama baik Tuanku selaku ketua agama Islam di Selangor dan sudah menjadi kewajipan MAIS untuk mempertahankan kesucian agama Islam dI negeri Selangor.

Tak payah la nak berpusing pusing Khalid, takkan dah mula rasa takut agaknya apabila dengar titah ucapan Kebawah Duli Tuanku yang berasa tak puas hati dengan kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh ahlI parlimen PAS dari kawasan Shah Alam ni.

Baca DISINI apa yang Khalid nyatakan tentang MAIS.

Sangkakala juga terbaca bahawa Khalid akan menghantar surat memohon perkenan mengadap untuk menjelaskan perkara sebenar, bagi Sangkakala tidak ada apa lagi yang nak diperjelaskan dan yang jelas adalah Khalid bersama sama rakan rakan beliau telah membuatkan Tuanku murka dan sepatutnya Khalid berundur dari negeri Selangor.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn pedulikan dia. Jgn tulis apa2 tentang dia. Dia dah jadi bangkai