Sabtu, 26 Julai 2014

KEKEJAMAN ISRAEL DI BUMI PALESTIN #savegaza

Esok adalah hari terakhir umat Islam menunaikan ibadah puasa dan lusa pula semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan dalam menahan nafsu dengan berpuasa selama sebulan.

Di Malaysia mungkin sambutan kali ini agak hambar apabila negara dikejutkan dengan nahas pesawat MH17 yang meragut 295 nyawa penumpang serta anak kapal.

Walaupun negara kita menyambut sambutan kali ini dengan agak sederhana tapi sedarkan kita bahawa ada saudara kita sesama Islam mungkin tidak menyambut hari lebaran dan jika ianya disambut, mungkin dalam keadaan ketakutan dan penuh penderitaan.

Klik gambar untuk video

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel memang tidak bol3h dimaafkan lagi tambahan pula beberapa negara barat turur sama menyokong tindakan mereka menyerang penempatan manusia di Palestin.


Tiada ulasan: