Kes bermula apabila Kiki Kamarudin atau lebih glamor digelar sebagai wanita 'stering lock' mendapat liputan meluas apabila video wanita berkenaan naik angin selepas kereta milik beliau dilanggar oleh seorang kelaki cina di siarkan dalam media sosial.
Lanjutan dengan itu, wanita berkenaan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM 5 ribu ringgit dan kerja kebajikan selama 240 jam dan mendapat pelbagai respon dari penggiat laman sosial.
Tapi lebih menggemparkan lagi apabila kritikan yang dilakukan oleh penggiat media keatas Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara yang dikatakan berat sebelah apabila Kiki dikenakan hukuman dalam tempoh yang amat singkat tetapi beberapa kes lain yang serupa dan disiarkan dalam media sosial tidak mendapat perhatian oleh Ketua Polis dan Peguam Negara.
Seperti gambar yang Sangkakala siarkan diatas, lebih 500 like serta 190 komen telah dikemukakan oleh penggiat laman sosial facebook tetang Ketua Polis Negara dan apa yang Sangkakala lihat, status berkenaan masih lagi mendapat perhatian apabila ianya tidak lagi berhenti di kongsi oleh pengguna lain serta mendapat komen dari mereka.
Boleh lihat DISINI...
Mungkin dalam kenyataan akhbar seperti yang dinyatakan oleh pemilik akaun tersebut, Ketua Polis Negara cuba mengheret pasukan polis dalam kritikan yang diberi tetapi sebenarnya ia tidak begitu.
Apa yang Sangkakala lihat disini, orang ramai sudah mula tidak selesa dengan Ketua Polis Negara tetapi bukannya pasukan polis yang dilihat mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Dalam komentar yang diberikan dalam ruangan komen akaun tersebut, jelas membuktikan bahawa rakyat kini meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara yang dilihat seolah olah acuh tak acuh dengan komitmen yang diberikan oleh rakyat.
Nampaknya KPN dan AG perlu menjawab segala kritikan yang dilemparkan oleh mereka dalan memastikan pasukan polis terus mendapat tempat di hati rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan