Isnin, 7 Julai 2014

BUNUH ANAK YANG MAHU BEKERJA ?? PERANGAI PELIK SEORANG AYAH

Selalunya kita akan didengarkan denganeyeran ibu bapa kepada anak yangbtak mahu bekerja, tapi kejarian sebaliknya berlaku di Alor Gajah Melaka dan bukan sekadar leteran, malah sampai ke tahap membunuh anak yang mahu bekerja.

Dikatakan seorang remaja yang mahu bekerja bagi membantu kedua ibu bapanya telah membuatkan si bapa naik angin lantas memukul remaja berkenaan hingga mati dan perkara ini diketahui oleh ibu mangsa selepas cuba mengejutkan anaknya itu bersahur.

Remaja berkenaan kononnya melahirkan hasrat untuk bekerja kerana tidak sanggup melihat adik adiknya seramai 9 orang berbuka dengan goreng pisang dan air kosong setiap hari namun permohonan itu telah ditentang oleh bapa beliau hingga terjadinya pertengkaran dan bapa remaja berkenaan telah bertindak memukul mangsa hingga rebah kemudian diangkat oleh ibunya masuk ke dalam bilik.

Pihak polis kini sedang giat mencari bapa mangsa yang dikatakan telah lari meninggalakan rumah yang disewa oleh keluarga berkenaan sejak 2 bulan lalu.

Apa punya bapa macam ni? Anak nak bekerja bagi membantu meringankan beban pulak di pukul sampai mati, takde hati perut dan sifat kemanusiaan ke? Sedangkan haiwan pun tau sayangkan anak.

Dah le beranak sampai nak cukup pasukan bola sepak lepas tu bila daif dan sedia dibantu oleh anak bagi meringankan beban, lain pulak jadinya.

Apa agaknya gelaran yang patut diberikan pada bapa yang macam ni?



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apasal Bangsa ku BODOH macam ni....tolong tangkap dan GANTUNG!!!!!!

Kalau anak tu dah rebah dan tak boleh bangun dengan sendiri untuk masuk dalam bilik, itu BUKAN PENAT namanya!!!!!

Tahu buat 10 anak...tapi sebagai ibu bapa ...FAIL!!!!!

MEMALUKAN....Puasa lah kau 100 tahun pun tak dapat tebus dosa membunuh anak sendiri!!!!

HANG THAT ASSHOLE "father"!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya,remaja tu mesti lbh mempunyai tenaga muda utk belasah bapa dia blk.tp x buat.kenapa?sebab dia ank yg baik.mudah2an syurga buatmu

Tanpa Nama berkata...

Kena ingat, bapa tu dah banyak berjasa jaga anak sembilan orang dan ada yang umur cecah 17 tahun. Mungkin stress sebab kemiskinan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan nak salahkan bangsa Melayu ok. Ko dah pernah jaga anak ke? Boleh ke ko nak tanggung 10 anak? Ko pernah rasa jadi miskin ke? Kalau tak pernah, jangan nak pandai2 hukum orang lain.

sangkakala berkata...

Jadi tak salah la anak yang cuba untuk membantu bapanya meringankan beban..sepatutnya bersyukur kerana ada mempunyai anak yang soleh berusaha membantu..tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

Itu la, kita kena belajar cara nak uruskan perasaan marah. Kadang2 bila dah marah, tak ingat dunia, semua benda ada kat tangan nak libas. Lain kali, tarik nafas dalam2 dan terus keluar dari rumah tu sekejap sampai perasaan marah reda.