Selasa, 22 Julai 2014

AZMIN ALI MULA DAH MEROYAN WAN AZIZAH JADI CALON MB

Bila diumumkan sahaja Wan Azizah bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim, Azmin Ali mula melompat tak ingat diri.


Takyah le kelam kabut wahai si Azmin, bukan baru kenal dengan Anwar yang akan meletakkan kepentingan keluarganya dihadapan apatah lagi untuk menerajui sebuah negeri yang kaya seperti seperti negeri Selangor.

Semalam telah diumumkan bahawa Wan Azizah telah di calonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Memang pada awalnya, nama Azmin telah dikatakan akan menjadi calon Menteri Besar memandangkan Azmin sudah beberapa kali menjadi ADUN di Selangor.

Tapi nampaknya Wan Azizah pula yang dinaikkan sebagai Menteri Besar dan Azmin pula nak jadi apa?

Langkah Kajang sebenarnya adalah satu langkah dimana Anwar hendak menaikkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim dan satu lagi, Anwar sebenarnya ada agenda lain dalam meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Kita semua maklum bahawa Anwar hanya menunggu masa untuk di sumbat ke dalam penjara dan dengan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor maka Anwar akan menunjukkan kepada dunia bahawa beliau dianiaya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Anwar akan mengatakan bahawa apabila Wan Azizah menjadi Menteri Besar,  maka kerajaan Barisan Nasional telah memenjarakan beliau untuk memberi tekanan kepada Wan Azizah sebagai Ketua Pentadbiran kerajaan negeri.

Ini semua akan dilakukan oleh Anwar apabila beliau meletakkan Wan Azizah dan beliau juga akan mengatakan bahawa perjuangan beliau ada di Selangor walaupun beliau berada didalam penjara.

Berbalik kepada Azmin Ali tadi, nampaknya berputih mata sudah pasti, berkerat rotan belum tau lagi, tapi dari apa yang dapat kita lihat menerusi akaun twitter beliau seperti diatas, sudah pasti pembaca akan dapat melihat kepincangan dan kemungkinan perpecahan akan berlaku dalam PKR.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara,
Tweet ni adalah tidak betul.
Ada manusia yang fitnah dengan edit letak ayat sebegitu

Puteramuda Mahamiru berkata...

Kajang itu maksudnya bertikam. Jadi langkah kajang itu ialah langkah untuk bertikaman sesama mereka. Demi kepentingan keluarganya. Jelas.