Titah ucapan Tuanku Sultan Selangor baru baru ini yang menyelar kebiadaban ahli parlimen Shah Alam nampak gayanya tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim
Tuanku Sultan ada menyatakan bahawa Khalid Samad yang bukan anak kelahiran Selangor perlu mempelajari selok belok tentang negeri Selangor jelas juga menunjukkan bahawa Tuanku Sultan tidak berapa berkenan dengan kehadiran orang luar yang bukan anak jati Selangor untuk menjadi pemimpin di negeri tersebut.
Tapi apa yang berlaku kali ini ialah, Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah yang merupakan isteri beliau sebagai calon Menteri Besar dan seterusnya menidakkan apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor baru baru ini.
Ini sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana Anwar hendak menujukkan bahawa kekuasaan parti melebihi dari kuasa Sultan.
Wan Azizah yang dikatakan lahir di Singapura bukanlah anak jati Selangor dan ada kemungkinan besar apa yang berlaku sepertimana yang dilakukan oleh Khalid Samad akan berulang kembali.
Satu lagi persoalan ialah, adakah rakyat Selangor bersetuju untuk meletakkan orang luar sebagai Menteri Besar hanya semata mata untuk melempias nafsu serakah menyamun kekayaan negerI Selangor oleh Anwar Ibrahim?
Anak anak Selangor sepatutnya berasa malu dengan apa yang diputuskan oleh Anwar Ibrahim yang juga bukan merupakan anak jati Selangor.
Ini seolah olah menujukkan Anwar cuba mengatur perjalanan dan kepimpinan anak Selangor dengan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
Rasanya cukuplah anak Selangor diperbodohkan oleh PKR yang rakus.
1 ulasan:
Selangor negeri bertuah,jangan bagi orang luar pimpin Selangor
Catat Ulasan