Jumaat, 21 Februari 2014

@NajibRazak: EKONOMI | MAS RUGI LAGI ?? SAMPAI BILA NAK TANGGUNG ???

Kerugian demi kerugian dan terus menerus mengalami kerugian, itu lah yang dihadapi oleh syarikat penerbangan Malaysia atau MAS.


Tahun lepas sahaja MAS dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak 1.17 billion, hoiii... 1.17 billion tu, bukan sikit.

Kalau dah macam tu punya rugi, baik tutup je MAS tu, apa lagi nak disimpan kalau dah menjadi beban.

Dengar cerita MAS dah pun menutup beberapa laluan penerbangan tapi masih lagi membeli kapal kapal terbang untuk kegunaan.

Sangkakala rasa ada lebih baiknya jika MAS menggunakan sahaja pesawat yang sedia ada daripada membeli pesawat baru.

Walaupun dengan erti kata lain MAS mahu menaikan khidmat penerbangan mereka, tak semestinya kena memiliki pesawat baru sedangkan pesawat lama masih lagi boleh diguna pakai.

Sangkakala baca dalam blog sorang sahabat ni si KULAANNIRING, dalam blog dia juga tertulis mengatakan Tony Fernandes pun terkejut bila MAS mengalami kerugian sampai macam tu sekali.

Apa nak jadi kalau macam tu?

Nak cekau kat mana lagi duit nak tampung kerugian, ni bila rugi kerajaan kena bantu, kalau tak bantu mau melingkup terus agaknya.

Kalau dah susah susah sangat, cari je orang lain yang boleh mengurus tadbir dengan baik dan memastikan KPI mereka mesti membawa keuntungan dan bukannya asyik laporan kerugian je keluar setiap tahun.

Nanti ada masa Sangkakala tulis lagi pasal MAS ni dan sejak bila syarikat ni mengalami kerugian.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanggungan Proton adalah lebih dari ini setiap tahun dan sudah masuk tahun ke 28 biasa saja,tak payah nak bising2 sangat.

alfie