Isnin, 24 Februari 2014

POLITIK | ANWAR KHIANATI KAUM CINA

Anwar Ibrahim selalu mengatakan bahawa UMNO tidak menghormati kaum cina dan kaum cina tertindas di Malaysia.

Ini semuanya retorik semata mata, jelas dimata masyarakat pada hari ini bahawa yang mengkhianati kaum cina serta menidakkan mereka adalah Anwar.


Sangkakala berkata demikian kerana melihat daripada aspek meletakkan calon di Kajang.

Selama ini kerusi di kawasan tersebut dimiliki oleh kaum Cina tidak kira sama ada ianya dari Barisan Nasional atau pembangkang.

Tapi kali ini kita dapat melihat yang mana Anwar sendiri telah merampas kerusi tersebut dari kaum cina walaupun dari parti sendiri.

Berbeza pulak dengan Barisan Nasional yang masih lagi menghormati kaum cina dan memberikan ruang serta peluang kepada wakil daripada kaum tersebut untuk menjadi calon.

Ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak menindas kaum cina dan masih memerlukan mereka untuk sama sama berkhidmat memajukan negara.

Tetapi bagaimana pula pendekatan yang dilakukan oleh PKR terutamanya Anwar? Dengan meminta seolah olah memaksa mantan ADUN Kajang melepaskan jawatan supaya memberikan laluan kepada beliau untuk bertanding.

Ini semua adalah kerana kerakusan Anwar dalam mencari tempat untuk mendapatkan sesuatu sebelum beliau berpencen dari menjadi ahli politik.

Mengikut apa yang Sangkakala perhatikan, jawatan Menteri Besar yang diintai oleh Anwar akan membolehkan beliau mengaut kekayaan sepertimana yang diperkatakan oleh banyak pihak semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu.

Ini juga akan berlaku di Selangor, apabila jawatan tersebut jatuh ke tangan beliau atau sesiapa juga yang berada dalam genggaman beliau maka kekayaan negeri Selangor akan dikaut sedikit demi sedikit sehingga semuanya lebur sepertimana yang berlaku pada akhir akhir tahun beliau memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Jadi sekarang kita kena fikir fikirkan, siapa yang menjadi pengkhianat sebenarnya.



Tiada ulasan: